DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : KEJUARAAN WARGA MALAYSIA | TATABAHASA | HALAMAN 114

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 


TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : KEJUARAAN WARGA MALAYSIA 

Standard Kandungan : 

5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:

5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks.

iii. kata ganda berentak

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh ;

i. menyertai sembilan kata ganda berentak yang terdapat dalam teks dengan betul.

ii. membina lima ayat menggunakan kata ganda berentak diberi dengan betul.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid memahami kata ganda berentak.
  2. Murid menyenaraikan sembilan kata ganda berentak dalam teks.
  3. Murid membina lima ayat menggunakan kata ganda berentak yang terdapat dalam teks.

Aktiviti

  1. Murid mengenali tokoh-tokoh pelumba basikal negara. (gambar)
  2. Murid membaca senyap dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 114)
  3. Murid dipilih secara rawak membaca kuat teks.
  4. Murid diberi penjelasan tentang kata ganda berentak.
  5. Murid dalam kumpulan menyenaraikan kata berentak yang terdapat dalam teks dalam peta buih.
  6. Membentangkan tugasan.
  7. Murid membina ayat menggunakan kata ganda berentak yang diperoleh daripada teks dalam buku tulis.
  8. Murid menulis kata ganda berentak lain mengikut jenis. (Lembaran kerja)

CADANGAN JAWAPAN
Kata ganda berentak

- keluh-kesah                 - gunung-ganang
- gopoh-gapah               - saudara-mara
- tindak-tanduk             - berulang-alik
- bukit-bukau                - selok-belok
- warna-warni

Bina Ayat :
1. Amin dan keluarganya pulang ke kampung untuk menziarahi saudara-mara mereka.
2. Tindak-tanduk lelaki itu amat mencurigai sekali.
3. Ahmad terpaksa berulang-alik dari hospital untuk mejaga ibunya yang sakit.
4. Pak Dolah tahu akan selok-belok jalan di kampungnya.
5. Keindahan gunung-ganang sepanjang perjalanan kami begitu terpesona sekali.
6. Bukit-bukau itu telah diterokai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

klik gambar untuk maklumat lanjut



No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA