DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : KEMPEN MELAWAT MALAYSIA | MENULIS | HALAMAN 105

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : KEMPEN MELAWAT MALAYSIA

Standard Kandungan
3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.

Standard Pembelajaran:
3.2.3 Mencatat maklumat berdasarkan bahan yang dibaca, dilihat dan didengar.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mencatat sekurang-kurangnya lima daripada enam maklumat penting tentang bahan dalam peta pokok dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan memahami kandungan teks.
  2. Murid mencatat lima maklumat tentang bahan dalam peta pokok.

Aktiviti
  1. Murid menulis tempat pelancongan yang pernah dilawati pada peta bulatan di papan putih.
  2. Murid membaca senyap dan memahami maklumat teks. (Buku Teks ms 105)
  3. Murid membaca kuat kandungan teks Tahun Melawat Malaysia.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang tentang maklumat utama dalam teks dengan bimbingan guru. (Vontoh : Fokus Tahun Melawat Malaysia, sasaran, faktor menarik pelancong luar negara, peruntukan yang disediakan dan faktor yang menarik melancong dalam negara)
  5. Murid dalam kumpulan berbincang mencatat maklumat berdasarkan maklumat utama dengan menggunakan peta pokok.
  6. Murid mempamerkan tugasan. Murid boleh membuat jelajah galeri melihat hasil tugasan kumpulan lain.


CADANGAN JAWAPAN

Mencatat maklumat yang terdapat dalam 
bahan dengan menggunakan peta grafik. 

  1. Promosi hebat Tourism Malaysia
  2. Belanja murah
  3. Pelbagai budaya dan kaum
  4. Pelan eko pelancongan
  5. Negara aman / selamat
  6. Sistem pengangkutan baik
  7. Budaya yang unik dan warna warni
  8. Lokasi menarik / cuaca baik



klik gambar untuk maklumat lanjut


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA