DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : WARGANEGARA SEJAHTERA | SENI BAHASA | HALAMAN 113

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : WARGANEGARA SEJAHTERA

Standard Kandungan

4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.

Standard Pembelajaran:

4.3.3 Mengubah suai seni kata lagu dengan menggunakan diksi yang sesuai dan mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengubah suai dua rangkap lirik lagu secara berpandu dengan diksi yang sesuai dan menyanyikan mengikut kumpulan dengan gaya yang kreatif.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid mengubah suai dua rangkap lirik lagu.
  2. Murid mempersembahkan nyanyian mengikut kumpulan dengan gaya tersendiri.

Aktiviti

  1. Murid menonton video lagu 'Sejahtera Malaysis'.
  2. Murid membaca dan meneliti lirik lagu 'Sejahtera Malaysia'. (Buku Teks ms. 113)
  3. Murid menyanyikan lagu 'Sejahtera Malaysia' beramai-ramai.
  4. Murid dibimbing untuk mengubah suai lirik lagu rangkap tiga dan empat.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang mengubah suai lirik rangkat tiga dan empat.
  6. Murid berbincang tentang gaya yang ingindisampaikan.Kemudian kumpulan masing-masing mempersembahkan lirik lagu yang telah diubah suai dengan gaya yang kreatif.
  7. Murid lain akan menilai persembahan dengan mengangkat ibu jari ke atas (baik) ibu jari ke bawah (lemah).

CADANGAN JAWAPAN

Rangkap 3 (korus) 

Semangat sehati sepasukan

Berjuang dalam rintangan 

Kita hebat kitalah juara 

Mengharum nama negara


Berkibar megah Jalur Gemilang

Laungkan amanat ibu pertiwi 

Kita sama menjulang namamu 

Aman damailah negaraku


klik gambar untuk maklumat lanjut



No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA