DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : WIRA CILIK | SENI BAHASA | HALAMAN 106

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : WIRA CILIK

Standard Kandungan : 

4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahannya secara kreatif.

Standard Pembelajaran:

4.3.2 Mengubah suai cerita dengan bahasa yang indah dan santun secara separa berpandu dan mempersembahkannya secara kreatif.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengubah suai dua perenggan cerita dengan baik.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid mengubah suai dua perenggan.
  2. Murid mempersembahkan satu perenggan cerita yang telah diubah suai.

Aktiviti

  1. Murid bersoal jawab tentang buku fiksyen yang pernah dibaca. (kisah apa)
  2. Murid membaca dan meneliti teks cerita. (Buku Teks ms 106).
  3. Murid membaca kuat teks. Seorang murid membaca satu perenggan.
  4. Murid dibimbing untuk mengubah suai cerita dalam perenggan satu dan dua teks secara separa berpandu.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang mengubah suai cerita pada perenggan tiga dan empat teks.
  6. Ahli kumpulan mempersembahkan cerita yang telah diubah suai. Setiap murid bercerita satu perenggan sahaja sama ada perenggan tiga atau empat. Kumpulan lain memberikan bintang atas cerita yang disampaikan.Kumpulan yang banyak mengumpul bintang dikira pemenang.
  7. Bersoal jawab tentang nilai yang terdapat dalam cerita tersebut.

CADANGAN JAWAPAN

Awang seorang budak yang cerdik dan kreatif. Walaupun baru berusia 11 tahun, dia suka meneroka
bidang sains penyiasatan. Sikapnya itu menarik minat seorang Profesor Azlan. Beliau telah menguji
bahan kajiannya terhadap Awang. Hasilnya sungguh menakjubkan. Awang kini mempunyai kuasa luar
biasa. Dia boleh mengintip maklumat rahsia dengan kuasa pendengaran dan kecekapan minda
dalam teknologi maklumat.


            Pada suatu hari, Profesor Azlan meminta Awang menyelesaikan misi khas bagi negaranya.
Awang akur demi menjaga keselamatan negara daripada pengkhianat ekonomi negara. Walaupun
dia tidak mengangkat senjata seperti prajurit di perbatasan, dia ingin menggunakan kelebihan diri
membanteras musuh negara. Misi Awang membantu pihak berkuasa menghalang kes penyeludupan.
Jika tidak dibenteras, ekonomi negara akan lumpuh.


            Awang dan Profesor Azlan menuju ke pelabuhan. Di sana, mereka menyamar sebagai nelayan.
Dengan kuasa yang ada, Awang dapat mencuri maklumat penting dengan cara mengintip
dengar perbualan telefon dan mesyuarat rahsia penyeludup. Dengan peralatan komputer yang
canggih, Awang dapat mengakses transaksi rahsia penyeludupan Internet.


            Dengan sistem telekomunikasi yang baik, Awang menyalurkan maklumat kepada pihak
berkuasa. Walaupun dia sedar bahaya yang dihadapinya, dia sanggup berkorban demi negara.
Kes penyeludupan itu akhirnya berjaya dibanteras. Profesor Azlan dan Awang menghlangkan
diri dan meneruskan misi mereka yang lain.

klik gambar untuk maklumat lanjut

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA