DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : BAHASA ASAS KEWARGANEGARAAN | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 109

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : MARI KITA CERIAKAN

Standard Kandungan : 

1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

Standard Pembelajaran:

1.2.2 Bertutur dan memghuraikan maklumat tersurat dan tersirat yang dikenal pasti dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid bertutur dan menghuraikan sekurang-kurangnya dua maksud tersirat berkaitan bahan dengan idea yang kritis dan kreatif.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami enam peranan bahasa kebangsaan.
  2. Murid bertutur dan menghuraikan dua maksud tersirat daripada bahan.

Aktiviti
  1. Murid mencatat bahasa-bahasa yang terdapat di Malaysia pada peta bulatan di papan tulis.
  2. Murid membaca pernyataan tentang peranan bahasa kebangsaan dalam teks. (Buku Teks ms. 109).
  3. Murid membaca kuat enam peranan bahasa kebangsaan.
  4. Murid bersoal jawab tentang peranan bahasa kebangsaan.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang untuk melengkapkan dialog dalam teks.
  6. Murid dalam kumpulan emapat orang mebuat simulasi lakonan untuk menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan pertanyaan diberi.
  7. Murid menulis dialog yang dilakonkan dalam buku tulis menggunakan format pemulisan dialog.


CADANGAN JAWAPAN

Afifi     : Kedudukan bahasa Melayu di negara kita dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan
              dan digunakan dalam semua urusan rasmi negara.

Kai Jun : Bahasa Kebangsaan digunakan dalam sistem Pendidikan kerana bahasa Melayu
               telah terbukti sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi yang berkesan
               oleh semua kaum di Malaysia.

Tinesh  : Pada pendapat saya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat menunjukkan 
               identiti bangsa Malaysia. Sesiapa yang bertutur akan menunjukkan jati diri yang
               baik sebagai rakyat yang cinta akan tanah air.

klikm gambar untuk maklumat lanjut

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA