RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TOPIK : HAIWAN SEKELILING KITA
Standard Kandungan :
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bbagi pelbagai tujuan.
Standard Pembelajaran:
1.2.3 Bersoal jawab untuk menjana idea tentang sesuatu perkara.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh bersoal jawab sekurang-kurangnya satu soalan dan memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara dengan baik.
Kriteria Kejayaan:
- Murid memahami tingkah laku haiwan.
- Murid menjawab soalan berkaitan haiwan yang diwakili.
- Murid bersoal jawab dalam dialog untuk menjana idea.
Aktiviti
- Murid menyatakan haiwan yang menarik hati mereka ketika melawat zoo.Mengapa suka?
- Murid membaca dan meneliti haiwan dalam bahan. (Buku Teks ms.120)
- Murid dibahagikan kepada empat stesen. Stesen A, kura-kura, Stesen B, tenggiling, Stesen C, landak dan Stesen D, sumpah-sumpah. Secara bergilir, kumpulan akan pergi ke setiap stesen.Murid boleh menyoal murid yang mewakili haiwan dalam stesen.
- Murid secara berpasangan berbincang melengkapkan perbualan dalam bahan.
- Murid bersama pasangan melakonkan perbualan berkaitan haiwan berdasarkan maklumat yang diperoleh.
- Murid memindahkan dialog dalam buku teks ke dalam buku tulis mengikut format penulisan perbualan.
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment