DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 13 : PENGORBANANKU DEMI TUGAS | MENULIS | HALAMAN 100

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : PENGORBANANKU DEMI TUGAS


Standard Kandungan : 
3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.

Standard Pembelajaran:
3.2.2 Menhasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh menjawab empat daripada lima soalan pemahaman dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan memahami teks.
  2. Murid menjawab soalan-soalan bertumpu.
  3. Murid menjawab lima soalan pemahaman.

Aktiviti
  1. Murid menamakan pasukan uniform di Malaysia.
  2. Murid membaca dan memahami teks biografi. ( Buku Teks ms. 100)
  3. Murid dibimbing memahami kandungan teks.
  4. Murid dipilih secara rawak membaca kuat teks.
  5. Kuiz.Murid menjawab soalan bertumpu berdasarkan teks. Kumpulan yang dapat menjawab paling banyak soalan dianggap pemenang.
  6. Murid menjawab soalan pemahaman secara lisan.
  7. Murid menjawab soalan pemahaman berkaitan teks dibaca dalam buku tulis.

CADANGAN JAWAPAN

1. Malim gunung, Mohd Ridzuan, tidak mahu dianggap sebagai wira. Mengapa?
Malim gunung, Mohd Ridzuan tidak mahu dianggap sebagai wira kerana menganggap sumbangannya itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan anggota  keselamatan yang menjaga kedaulatan negara.

2. Bagaimanakah negara mengiktiraf jasa dan bakti beliau?
Negara mengiktiraf jasa dan bakti beliau dengan menobatkannya sebagai ikon kebanggaan negara.

3. Pada pendapat kamu, apakah kesan kepada imej Malaysia di mata dunia dengan sikap sanggup berkorban beliau itu? 
Pada pendapat saya, imej Malaysia dipandang tinggi dimata dunia dengan sikap sanggup berkorban beliau itu.

4. Apakah sumbangan malim gunung terhadap pembangunan negara? 
Sumbangan malim gunung terhadap pembangunan negara ialah membantu industri pelancongan negara.

5. Nyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah di atas.
 Pengajaran daripada kisah di atas ialah kita mestilah sanggup berkorban nyawa demi negara tanpa mengharapkan sebarang balasan.


klik gambar untuk maklumat lanjut


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA