DROPDOWN MENU
SLIDER
Wednesday, August 16, 2023
PERJALANAN GEMILANG : 13 TAHUN DEDIKASI SEBAGAI GURU (16 OGOS 2023)
Sunday, January 22, 2023
SETIAP CIPTAAN-NYA, KEJADIAN-NYA BERSEBAB
Tahukah anda setiap ciptaan ALLAH SWT itu bersebab. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Imran ayat 190-191.
" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal; 191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia,Maha suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
Jadi apa sahaja Allah ciptakan, tentukan bukan sia-sia.Semuanya bersebab.
Lately pelbagai luahan dan keluh kesah lalu di wall Facebook LinnZack berkaitan isu MPPK 2023-2025. Ada yang positif dan ada yang sebaliknya.Sejujurnya LinnZack juga terdetik rasa yang sama. Dalam banyak-banyak luahan yang lalu. Ada satu yang menarik perhatian dan LinnZack bersetuju dengan coretan beliau.
Di sini LinnZack kongsikan.(copy and paste)
Pernah terjadi pada diri aku, tanpa diminta.. tanpa persediaan yang secukupnya… dilantik sebagai ketua jabatan. Memang segenap alam mula ’bersuara’lah.. ada yang sumbang, ada yang menyokong, ada yang tak peduli. Maka, aku pikul tanggungjawab yang di amanah tersebut sebaik mungkin.. bukan nak membuktikan pada depa yang dok mengata sana sini tu.. Tapi takutnya aku pada Tuhan bila amanah yang dipertanggungjawabakan tu tak dilaksanakan sebaik-baiknya.
Kita kan selalu takut dengan perkara yang kita tak tahu, perkara yang baharu atau perkara yang dipaksa untuk kita menerimanya.. jadi tak heranlah ada yang ’takut-takut’ akan kemampuan majlis ini tidak mampu memberi nasihat yang baik kepada KPM khususnya YB Menteri. Lama aku dok fikir pasai MPPK ni, jadi aku cuba relate kan dengan pengalaman sendiri sahajalah. Tuhan dah mengerakkan ia untuk berlaku atas sebab-sebab yang hanya Dia tahu.. Ingat dak? Tuhan kan ada cakap;
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia-lah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.”.
Jom, kita sama-sama gunakan platform yang ada ini untuk menyampaikan segala pandangan dan cadangan yang ada, bukan semata keluh kesah yang mungkin tiada kesudahannya.
All the best Datuk Dr Amin Senin!
Sunday, January 1, 2023
MENYAHUT CABARAN DUNIA PENDIDIKAN DIGITAL MALAYSIA | STILL COUNTING | TERUS MARA VROOOMMMMM #cikgulinnzack
fasa rahsia DIA
Kita dapat
kita tahu
kita kongsi
kita manfaatkan
Biar tinggi kita berdiri jangan sampai mendongak langit
Biar jauh kita pergi jangan sampai yang disisi ternanti-nanti
Biar banyak landasan dilewati jangan sampai tinggal daki
Satu matlamat
Satu niat
Ia pasti
Akademi Youtuber tidak sahaja membimbing guru-guru seluruh Malaysia menguasai ilmu penerbitan video di pelantar youtube semata-mata, untuk tahun 2023 ada misi yang lebih besar akan dijalankan untuk menggembur kreativiti para guru dengan penulisan di portal dan pengurusan domain .com sendiri.
Usaha ini dijangkakan akan memberikan lebih kebebasan kepada warga pendidik berkongsi apa saja isu, info yang berkaitan dengan dunia pendidikan yang dicintai.
Menyahut seruan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Haji Pkharudin Bin Haji Ghazali agar terus berbakti dan meninggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk generasi masa hadapan maka idea yang pada mulanya kelihatan sukar untuk dicapai kembali bersinar apabila mendapat kata-kata semangat dalam persidangan Edufluencer, KPM baru-baru ini.
Alhamdulillah, pembukaan tahun 2023 dengan penglibatan 18 orang guru berstatus Edufluencer yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari Akademi Youtuber, kami terus mengorak langkah melahirkan lebih ramai guru yang bakal menjadi Edufluencer untuk tahun berikutnya. Sebagai bukti, untuk penampilan yang pertama terdapat lebih 50 domain baharu tersenarai untuk menjadi ejen perubahan dunia pendidikan digital di Malaysia. Kesemua pengendali adalah guru yang masih berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan sentiasa akan menerbitkan artikel berkaitan pendidikan, membantu memudahkan penyampaian maklumat yang tepat daripada KPM dan memudahkan rakan-rakan guru.
Berikut senarai domain baharu pengkhususan kandungan
pendidikan digital yang akan bertemu pengguna mulai Januari 2023 :
1. cikgusuffi.com @suffi
2. cikguling.com @CikguLing
3. cikgulinnzack.com @LinnZack
4. cikgueqa.com @CikguEqa
5. chekgulk.com @chekgulk
6. cikguahho.com @hoyensze
7. muallimahwan.com @MuallimahWan
8. ustazahrusni.com @Ustazah_Rusni
9. ustzhsalina.com @Ustazah_Salina
10. cikgumuktasim.com @muktasim
11. cikgujumrah.com @cikgujumrah13
12. madamzetty.com @ZatusyNaim
13. cikguamarkmca.com @AmarKMCA
14. cikguwashitah.com @mashitahsubri
15. cfusyamz.com @CfuSyamz
16. cikgupakmalau.com @pakmalaubowling
17. hudarohmat.com @HudaRohmat81
18. ustazahatikah.com @Nur_AtikahJamaludin
19. CikguZuly.com @hanyluz
20. ustazahazizah.com @azizah_ssp
21. cikguzalinabasir.com. @zalinabasir
22. tcermimaazlina.com @MimaAzlina
23. ustazahsuziwan.com @ustazahsuziwan
24. muallimhazar.com @MuallimHazar
25. shakhlizanashuib.com @shakhlizana
26. imazzmedia.com @Rahimahz77
27. nurhafidzahmd.com @Nurhafidzahmd
28. cikgurusma.com @RUSMAIBRAHIM
29. cikgueedarahim.com
@Cikgueedarahim
30. hidayatitahir.com @HidayatiTahir
31. rodziahlatif.com @rodziahlatif
32. ustazahshaza.com @Shaza_Maria
33. ustazahayuayob.com @NurRahayuAyob
34. enciksunan.com @sunan81
35. cikgurumainno.com @CikguRumainno
36. mrosmaya.com @Rosmaya70
37. channelcikguhidayah.com @cikguhidayah82
38. cikgunas.com @NasAdillah
39. cikgudhiya88.com @IzyanDhiya
40. cikguyusnida.com @yuyusnida
41. cikgusharifahainhistory.com
42. pokbai.com @pokbai
43. cghidayahyusoff.com @ NHidayahMYusoff
44. madamlim.com @suwan0922
45. cmkaizen.com
@cmkaizen
46. cikgusitijamiah.com. @SJH73
47. Cikgunorainiothman.com/ @CikguNorr
48. cikgunariza.com
@cikgunariza
49. anisahahmad.com @ANISAHahmad
50. ustazahsalasiah.com @Sal_Salla
51. tcerreen.com @TcerReen
52. uzhzuliana.com @zulianams
53. cikgunorazlin.com @nor_azlin
54. raziahanuar.com @YuRaziahAnuar
55. cikgurosymastura.com @rosymastura
56. cikguyuhanisah.com @Yuhanisah
57. madamfizi.com @MadamFizi
58. cikgumidah79.com @hamidah7879
59. madamvina.com @Savina2018
60. cikgushaframli.com @ShafRamli
61. cikguhana.com @Nurulhana2000
62. cikguwann.com @WNMishkat
63. cikguzulaida.com @Ayuzulaida
64. shelacome.com @muallimahshelacome
65. wanmahiah.com @WanMahiah
66. wannuraziyah.com @tina_wannoh
Semoga dengan kehadiran lebih ramai Youtuber Pendidikan dan Blogger Pendidikan ini dapat menyumbang lebih banyak konten ilmiah di media sosial, menjadikan dunia pendidikan digital di Malaysia meriah dan semoga mendapat sokongan daripada semua pihak.
Segala inisiatif pembangunan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan seterusnya menjadikan dunia pendidikan atau kerjaya sebagai seorang guru adalah kerjaya yang menyeronokkan dan mampu menarik minat lebih ramai untuk menjadi guru seterusnya menyumbang sesuatu untuk dunia pendidikan yang dicintai.
Untuk makluman semua, penglibatan setiap guru adalah atas inisiatif sendiri dengan sokongan pelbagai peringkat terutamanya PPD, JPN dan KPM sendiri yang menggalakkan guru-guru terus berkarya menerbitkan konten pendidikan untuk kegunaan ramai.
Terima kasih di atas sokongan semua pihak yang memberi sokongan dari pelbagai cara dan sudut untuk memastikan kami terus bersemangat menyumbang bakti dan keringat demi dunia pendidikan tercinta.
Tahniah Guru Hebat!
"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"
*Senarai di atas bersifat tidak muktamad dan jumlahnya
dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa, sila berkunjung kembali untuk
melihat senarai terkini yang telah dikemaskini.
sumber : https://www.cikgusuffi.com/
Thursday, December 22, 2022
GURU DAN PSIKO #cikgulinnzack
Lately LinnZack suka membaca sesuatu yang membolehkan LinnZack "healing" daripada "burn out".
Bacaan yang mengelakkan diri daripada merentan dalam diam, mengenang nasib diri atau apa-apa yang membolehkan diri ni ter"jebak" dalam negative circle.
LinnZack tertarik dengan satu perkongsian ni di Facebook. Sebelum meneruskan pembacaan LinnZack Google dahulu. Hasil carian LinnZack di Kamus Bahasa Melayu [psi.ko]/[si.ko] | ڤسيکو membawa maksud orang yg menderitai sakit (tekanan) jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Tak puas hati LinnZack google lagi dan LinnZack tertarik dengan yang ni.
" Psiko adalah seseorang dengan buah fikiran yang luar biasa dari fikiran normal. Psiko tidak sama dengan gila kerana pelakunya sedar sepenuhnya atas perbuatan yang dilakukan. Kebanyakan orang yang hebat biasanya termasuk dalam kategori psycho. 15-20% psycho terdiri dari golongan yang melakukan jenayah a.k.a criminal. Selebihnya adalah memiliki peribadi yang berpenampilan sempurna, pandai bertutur kata, mempesona, mempunyai daya tarikan luar biasa dan menyenangkan. (klik sini for more)
Lepas baca tu rasa tenanglah sikit.Then LinnZack terus baca perkongsian di FB ni.
Disclaimer :Adakah guru kena PSIKO ?
1. Bila terbaca status Dr. Anuar Ahmad aku pun cnp (dgn sikit perubahan) senarai di bawah utk simpanan.
2. Memang guru tak buat semua ini serentak, tetapi ini adalah antara senarai yang guru perlu buat.
3. Kita sebagai ibu bapa perlu tahu betapa banyaknya kerja sampingan guru-guru di Malaysia yang AMANAH utamanya untuk mengajar anak-anak.
4. Percayalah, senarai sepanjang ini TIDAK BERLAKU di negara yang maju pendidikannya, yang kita cuba belajar dari mereka. Mereka juga ada menyelia murid sedang makan misalnya tetapi semuanya termasuk dalam jadual waktu tanpa mencuri waktu PdP guru secara keterlaluan. Jika bawa murid explorasi keluarpun itu sebahagian PdP.
5. Malah guru di negara maju diberi kepercayaan dgn autonomi dan seorang pembantu guru lagi, dengan kelas yang kecil. Dengan autonomi ini, guru di negara maju bukannya bergoyang kaki, sebaliknya berusaha menyediakan PdP TERBAIK kerana ada accountability kepada mereka. Tenaga dan fikiran guru DI FOKUSKAN kepada PdP.
6. Ada juga guru di negara kita yang seronok boleh lakukan kerja-kerja luar kelas, meninggalkan murid diambil alih oleh guru lain. Malah mendapat pelbagai anugerah pula. Ini TIDAK BERLAKU di negara yang maju pendidikannya.
7. Percayalah juga, guru negara maju seperti AUSTRALIA tidak akan menjadi guru sukan untuk ke sana ke mari dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya kerana sukan diserahkan kepada komuniti dan local authority. Bagi mereka, TUGAS UTAMA GURU ADALAH MENGAJAR.
8. Senarai panjang di bawah seperti menunjukkan kurangnya sensitiviti pengurusan pendidikan, melonggokkan pelbagai tugas sampingan kepada guru yang tanggungawab hakikinya adalah MENGAJAR.
9. Dalam pada itu, guru juga mungkin di psiko dengan 'Tidak pandai mengajar dan kurang kreatif' sambil mengayat 'Perlu ikhlas dalam mengajar' untuk mendapat 'Keberkatan gaji yang diterima' dan kalau tak suka 'Kenapa pilih jadi guru ?'.
10. Guru boleh sahaja buat tugas sampingan bagi melicinkan
perjalanan sekolah tetapi makin lama makin kita 'take for granted' guru-guru
ini seperti tiada empati dan mengganggu tugas hakiki. Ini sahaja persoalannya.....
1 E-Operasi
2 E-Pangkat
3 E-Prestasi
4 HRMIS
5 SPLG
6 E-Tukar
7 E-Profil
8 SPPBS
9 Psikometrik
10 E-SPTS
11 APDM
12 SPS
13 SAPS
14 SARANA IBU BAPA
15 Guru Penyayang
16 Mentor Mentee
17 Minda Sihat
18 L4
19 Konsep Kendiri
20 Pegawai Aset
21 TS25
22 e-Nilam
23 zoom A
24 EMIS
25 SSDM
26 SSQS
27 NKRA - LINUS
28 e-kehadiran
29 IQ-PSS
30 PROTIM
31 1M1S
32 Myspata
33 E-mateks for spbt
34 E-bulk for spbt
35 Ujian komptensi ICT
36 SISTEM SKPK PRASEKOLAH
37 juru foto untuk eviden
38 kira dan bahagi kotak susu
39 pegawai pengiring
40 pegawai library
41 penetapan etr / kpi setiap subjek
42 aktiviti persatuan
43 aktiviti sukan
44 aktiviti ko-akademik
45 kajian tindakan
46 spsk (Johor)
47 keceriaan kelas
48 latihan kebakaran & kecemasan
49 kem motivasi
50 kemaskini fail kurikulum
51 program susu sekolah
52 program pemulihan pengayaan
53 peka/pafa
54 pelaporan guru bertugas harian
55 program sekolah selamat
56 pelaporan kantin
57 persiapan padang dan balapan
58 program akses kendiri
59 program pecutan upsr/pmr/spm
60 kelas tambahan cuti sekolah
61 projek hikmah
62 galeria sekolah
63 pengurusan stok dan rekod
64 pengurusan panitia
65 sukan sekolah
66 kokurikulum unit uniform
67 koku permainan
68 koku kelab
69 temasya sukan daerah
70 temasya sukan negeri
71 temasya sukan kebangsaan
72 sukan antarabangsa
73 penandaarasan
74 guru kelas
75 ajk pibg
76 ajk kelab guru
77 ajk majlis2 rasmi jabatan dan kementerian
78 jurulatih utama
79 pengerusi teknik
80 penyelaras tahun
81 pengadil pertandingan
82 teknikal olahraga
83 guru pengiring
84 cuci tandas pertandingan tandas
85 kutip sampah kitar semula
86 kutip sampah hari kanak2
87 pemantauan pdp
88 pemantauan rekod mengajar
89 buddy system
90 laporan prestasi
91 hari bertemu pelanggan
92 gubal, taip, cetak soalan
93 my portfolio
94 kursus, taklimat, bengkel, seminar
95 mengurus murid sakit
96 buat modul
97 SU pelbagai program
98. Sediakan minit mesyuarat
99. Dan tugas yang akan diarahkan dari masa ke semasa...
c&p