RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TOPIK : TEKNOLOGI IMBASAN WAJAH
Standard Kandungan :
2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia.
Standard Pembelajaran:
2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca kuat dua perenggan teks dengan intonasi yang sesuai dan membuat satu keputusan pilihan mereka tentang bahan.
Kriteria Kejayaan:
- Murid membaca kuat dua perenggan teks.
- Murid melengkapkan tiga maklumat tentang teknologi imbasan wajah.
- Murid membuat keputusan teknologi imbasan pilihan mereka.
Aktiviti
- Murid membaca senyap dan meneliti petikan. (Buku Teks 128 & 129)0
- Murid membaca kuat rencana berkaitan teknologi imbasan wajah. Setiap murid membaca dua atau tiga perenggan teks.
- Murid bersoal jawab berkaitan teknologi imbasan wajah untuk mendapatkan maklumat.
- Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan maklumat tentang teknologi imbasan wajah.
- Murid membentangkan tugasan.
- Murid membuat pertimbangan dan keputusan.Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.Kumpulan A mahu teknologi imbasan cap jari dan kumpulan B mahu teknologi imbasan wajah.
- Murid menyatakan alasan atas pilihan mereka.
CADANGAN JAWAPAN
Imbasan melalui mata membolehkan mesin membaca 30 titik sudut mata mereka dan data
disimpan. Seterusnya, data akan dikemas kini ke dalam sistem kehadiran.
Mesin Imbas wajah merekodkan maklumat masa, kehadiran dengan tepat dan cepat dan
tidak menimbulkan masalah bacaan data murid.
Teknologi imbasan wajah juga dapat mengawal masalah didiplin kerana sistem imbas
wajah dihubungkan dengan Aplikasi Pepatih MySekolah bagi mengawal disiplin murid dan
aplikasi ini dapat dilihat oleh ibu bapa serta penjaga.
Azim : Abang ingin berkongsi maklumat tentang kelebihan teknologi imbasan wajah.
Teknologi ini dapat membantu urusan merekod kehadiran murid serta kakitangan
sekolah dengan tepat dan pantas. Sistem rekod ini mengelakkan penipuan
daripada berlaku kerana teknologi ini dihubungkan terus dengan Aplikasi Pepatih
MySekolah, iaitu aplikasi yang membolehkan ibu bapa atau penjaga boleh melihat
dan memantau disiplin termasuk kehadiran anak-anak ke sekolah.
Azim : Teknologi imbasan wajah dapat mengatasi masalah disiplin seperti ketidakhadiran
murid kerana ibu bapa juga dapat memantau kehadiran dan disiplin anak-anak dari
rumah. Dengan kerjasama dan sokongan ibu bapa, disiplin murid sekolah dapat
dikawal agar murid-murid sentiasa cemerlang.
No comments:
Post a Comment