DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, April 15, 2023

TAHNIAH TEAM WAKELET | PERKONGSIAN SESI 1 | PENINGKATAN PROFESSIONALISME DALAM TALIAN - PENGENALAN KEPADA WAKELET








Tahniah teacher Yenny , Madam Nash dan Teacher Shirley 🙂.
Sharing manfaat buat semua warga pendidik dan murid.

Boleh ulang tonton di 3 channel

klik sini untuk mendaftar wakelet secara percuma : https://wakelet.com/

JOM JADI WAKELET CERTIFIED
klik link di bawah



Friday, April 14, 2023

PELAKSANAAN AKTIVITI PROGRAM IMFREE DI SEKOLAH BAGI TAHUN 2023

 



 


PELAKSANAAN AKTIVITI PROGRAM IMFREE DI SEKOLAH BAGI TAHUN 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Program IMFRee yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 3 ini akan diteruskan pada tahun 2023 dengan menggunakan modul dan bahan bantu mengajar sedia ada. Bahan bantu mengajar bagi pelaksanaan program ini boleh diakses melalui QR Code di bawah.


atau klik link di bawah: 


Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Encik Azizul Khalili bin Yahaya di talian 05 - 501 5140 atau Encik Norhazamin bin Muhammad Yusof di talian 05 - 501 5142

Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Mund. Jabatan Pendidikan Negen Perak

PROGRAM E-ACTIV RAMADAN 1MURID 1SUKAN MSS PERAK

 


PROGRAM E-ACTIV RAMADAN 1MURID 1SUKAN MSS PERAK

TARIKH : 14 APRIL 2023

MASA 3:00 PETANG

Untuk makluman tuan, tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang aktiviti sukan yang boleh dijalankan pada bulan Ramadhan di samping untuk terus kekal sihat dan cergas.

Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk membuat hebahan kepada semua murid di sekolah tuan. Murid boleh mengikuti program ini di Channel You Tube MSS Perak seperti di pautan. Sijil penyertaan digital peringkat negeri akan diberikan kepada peserta yang mengikuti program ini dan menyelesaikan soalan kuiz secara atas talian. Program ini akan dibuka selama 24 jam bagi tujuan tersebut.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urus setia iaitu Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan) di talian 05-2423727.

Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.

KOD QR : 


PAUTAN : https://www.youtube.com/watch?v=3CaH9LFK1xE

Thursday, April 13, 2023

CADANGAN JAWAPAN | UNIT 4 : GAJET OH GAJET | ASPEK SENI BAHASA | HALAMAN 30




5.0 ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN
5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif mengikut konteks. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mengenal pasti dan bercerita tentang bahan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya bercerita tentang bahan dengan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif dengan lancar.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berkongsi pengetahuan tentang kesan penggunaan gajet yang berlebihan terhadap mata kanak-kanak.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami maklumat tentang Kesan Penggunaan Gajet terhadap Mata Kanak-Kanak.
3. Murid dibimbing mengenal pasti kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif dalam bahan bacaan. (KBAT)
4. Murid dibimbing bercerita tentang bahan yang diberikan. (PBD)
5. Murid menyenaraikan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif dalam buku latihan. (PBD)
6. Murid yang terpilih diminta ke hadapan kelas untuk bercerita mengenai bahan bacaan yang diberikan dengan menggunakan pasti kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Bercerita tentang bahan dengan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. 
Cadangan jawapan








CADANGAN JAWAPAN | UNIT 4 : KIITA JAGA KITA | ASPEK SENI BAHASA | HALAMAN 29

 


KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.3.1 Menghasilkan puisi dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan rangsangan dan mempersembahkannya secara kreatif. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menghasilkan pantun dan mempersembahkannya.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan pantun dengan bahasa yang indah serta santun dan mempersembahkannya dengan gaya yang menarik.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berkongsi pengetahuan tentang penyakit berjangkit.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami maklumat tentang cara mencipta pantun, amalan norma baharu, amalan 3s dan cara membantu ahli keluarga semasa wabak. 
3. Murid dibimbing mengenal pasti perkataan yang boleh membentuk maksud pantun. (KBAT)
4. Murid dibimbing menghasilkan pantun dengan bahasa yang indah serta santun dan mempersembahkannya. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk mengenal pasti perkataan yang boleh membentuk maksud pantun, menghasilkan pantun kemudian mempersembahkannya di hadapan kelas.  (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Cadangan Jawapan
Hasilkan pantun dan persembahkannya.

Petik palas di tepi paya,
Tangan sakit ubat tak bawa,
Covid-19 amatlah berbahaya,
Penyakit berjangkit meragut nyawa.

Dedalu melata menumpang perumah,
Senang kelihatan senang diperhati,
Jika kita duduk di rumah,
Virus jangkitan boleh dihenti.

Covid-19 tidak berupa,
Membawa maut miskin atau kaya,
Basuh tangan jangan dilupa,
Agar tak terpaut penyakit berbahaya.






CADANGAN JAWAPAN | UNIT 4 : PIRAMID MAKANAN MALAYSIA 2020 | KEMAHIRAN MENULIS | HALAMAN 28



3.0 KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna

STANDARD PEMBELAJARAN
3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mengenal pasti maklumat dan mencatat maklumat.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mencatat dan merancang 3 menu sihat berdasarkan bahan dengan betul.


AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berkongsi pengetahuan tentang piramid makanan.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami kandungan piramid makanan dan jadual yang disediakan. 
3. Murid dibimbing mengenal pasti maklumat berdasarkan bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing mencatat maklumat dan menjanakan idea berdasarkan bahan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk mencatat maklumat dan merancang 3 menu sihat berdasarkan bahan.  (PAK 21)
7. Murid berkongsi jawapan yang diperolehi bersama rakan sekelas.

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Jawapan
Catat maklumat dan rancang menu sihat.









CADANGAN JAWAPAN | UNIT 4 : RAWATAN FISIOTERAPI | KEMAHIRAN MEMBACA | HALAMAN 26-27

 






2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN
2.1 Asas membaca dan memahami.

STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Membaca teks dan mencari makna, sebutan dan ejaan perkataan berwarna.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mencari lima makna perkataan, sebutan, ejaan dan penggunaan perkataan yang berwarna kuning dengan betul.


AKTIVITI PDPC

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami kandungan teks tentang rawatan fisioterapi. 
3. Murid dibimbing membaca teks dengan teratur dan lancar. (KBAT)
4. Murid dibimbing merujuk kamus dan media elektronik untuk mencari makna, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk mencari makna, ejaan dan penggunaan perkataan yang berwarna kuning dengan tepat dengan merujuk kamus dan media elektronik.  (PAK 21)
7. Murid berkongsi jawapan yang diperolehi Bersama rakan sekelas.

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Baca teks. Kemudian, rujuk kamus dan media elektronik untuk mencari makna, sebutan, ejaan dan penggunaan perkataan yang berwarna kuning.

Jawapan







LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA