DROPDOWN MENU

SLIDER



Thursday, February 29, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : SAINS DAN MAKANAN | TATABAHASA | HALAMAN 125

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TOPIK : SAINS DAN MAKANAN

Standard Kandungan : 
5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:
5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membina sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat yang betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat.
  2. Murid membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat (buku tulis).
  3. Murid membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat (lembaran kerja)

Aktiviti
  1. Murid menyatakan makanan dan minuman kegemaran keluarga mereka.
  2. Murid membaca teks. (Buku Teks ms.125)
  3. Murid diberi penjelasan tentang ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat.
  4. Murid dibimbing mengenal pasti ayat tunggal dalam teks dan membina peluasan subjek dan predikat
  5. Murid dalam kumpulan berbincang membina satu ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan ayat tunggal yang terdapat dalam teks.
  6. Murid membentangkan tugasan.
  7. Murid membina dua lagi ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat dalam buku tulis.
  8. Murid membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat (Lembaran kerja)

klik gambar untuk maklumat lanjut

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA