DROPDOWN MENU

SLIDER



Thursday, February 29, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 12 : INFO PERPADUAN | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 87

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : PERPADUAN
TOPIK :INFO PERPADUAN

Standard Kandungan : 
1.1 Mendengar dan memberikan respon semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal.

Standard Pembelajaran:
1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkan dalam situasi ujaran yang terdapat dalam situasi formal.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid dapat memberikan satu respons terhadap maklumat dengan baik secara bertatsusila.

Kriteria Kejayaan:
Murid memahami maklumat diberi.
Murid memberi respons terhadap pertanyaan untuk menyampaikan maklumat.

Aktiviti
  1. Murid menyatakan sukan yang mereka minati.
  2. Murid membaca dan memahami dialog. (Buku Teks ms. 87)
  3. Murid dibimbing mendengar dan memahami maklumat yang disampaikan.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan dialog untuk memberi respons terhadap maklumat dalam situasi formal.
  5. Murid melakonkan dialog dengan memberikan respon terhadap maklumat.
  6. Permainan antara kumpulan. Murid kumpulan A mendengar maklumat yang diberi oleh guru. Murid kumpulan A pergi kepada Kumpulan B untuk menerangkan maklumat yang diperoleh. Kemudian Murid kumpulan B pergi pula ke kumpulan C menerangkan maklumat.
  7. Guru memastikan sama ada maklumat yang diberi masih menepati. 


klik gambar untuk maklumat lanjut

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA