RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : LAWATAN PATRIOTIK
Standard Kandungan :
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
Standard Pembelajaran:
1.2.1 Bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid dapat membuat pertimbangan dan membuat satu keputusan tempat yang ingin dilawati dengan baik dan bertatasusila.
Kriteria Kejayaan:
- Murid memahami keistimewaan lokasi.
- Murid membuat pertimbangan dan satu keputusan memilih lokasi yang ingin dilawati.
Aktiviti
- Murid menulis teempat bersejarah di Malaysia yang mereka tahu pada peta buih di papan tulis..
- Murid membaca dan meneliti tiga lokasi bersejarah dalam teks. (Buku Teks ms. 103)
- Murid dibimbing membuat pilihan dan keputusan lokasi sejarah yang ingin dilawati. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan memilih Tuge Negara, Memorial Kemerdekaan dan Istana Negara.
- Murid bertutur untuk menyatakan alasan memilih lokasi lawatan yang dipilih.
- Murid dalam kumpulan lokasi berbincang melengkapkan dialog dalam teks.
- Murid melakonkan dialog dengan membuatkan pertimbangan dan keputusan berdasarkan lokasi yang dipilih.
- Murid menulis perbualan dalam buku tulis mengikut format penulisan dialog.
No comments:
Post a Comment