DROPDOWN MENU

SLIDER



Monday, April 10, 2023

TEMPLAT CANVA | LATIHAN TATABAHASA #canva #akademiyoutuber

 


Nama khas adalah nama orang, tempat, atau benda istimewa yang khusus .Pada kebiasaannya di dalam Bahasa Melayu, perkataan ini merupakan kata nama yang bermula dengan huruf besar.


Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai pengertian tersirat.Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat. Peribahasa menjadi suatu bentuk luahan sindiran dan pengajaran yang digunakan oleh nenek moyang secara kiasan yang diwarisi generasi demi generasi sejak berzaman.

Tatabahasa atau nahu ialah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur atau menyusun penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian daripada bidang ilmu yang mempelajari bahasa iaitu linguistik.

Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan juga sebagainya.

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama.

Kata banyak makna ialah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud atau dalam erti kata yang lain, makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan. Kata banyak makna terbahagi kepada tiga bentuk iaitu: Kata dasar.

Kata Ganti Nama Diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis, iaitu KGND 1 (penutur), KGND 2 (pendengar), dan KGND 3 (pihak / orang yang diceritakan halnya). Contoh KGND 1 menggantikan nama diri orang yang bertutur.

Kata ganda ialah kata yang wujud daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan yang lain supaya menjadi ayat majmuk. Antara contoh kata hubung yang biasa digunakan ialah dan, sambil, manakala, lalu dan kerana.

DISCLAIMER: 
Bahan-bahan yang dikongsikan adalah untuk tujuan Pembelajaran dan Pengajaran sahaja.
Bukan untuk dijual.

akan dikemaskini dari semasa ke semasa


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA