DROPDOWN MENU

SLIDER



Sunday, November 26, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 10 : SATU ARAH SATU SUARA | HALAMAN 79

 



TEMA 4 : PERPADUAN

UNIT 10 : Langkah Perpaduan

TOPIK : Satu Arah Satu Suara

KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.2.1 Melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai serta menyatakan pengajaran.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Melafazkan dan melagukan seloka serta nyatakan pengajarannya.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya melafazkan dan melagukan seloka serta nyatakan pengajarannya dengan betul.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :

Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :

1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.

2. Murid membaca dan memahami seloka yang bertajuk “Seloka Peribahasa Perpaduan”.

3. Murid ditunjukkan cara melafazkan dan melagukan seloka melalui video di You Tube. (KBAT)

4. Murid dibimbing melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai serta menyatakan pengajarannya. (PBD)

5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

6. Setiap kumpulan membuat persembahan melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai serta menyatakan pengajarannya. (PAK 21)

Penutup :

Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.

Jawapan:

Pengajaran yang boleh kita peroleh daripada seloka ialah kita hendaklah menghentikan perbalahan. Selain itu, kita mestilah saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu. Sekiranya berlaku perselisihan, haruslah kita duduk sama-sama berbincang tanda maufakat. Janganlah kita bersikap mementingkan diri sendiri tanpa ambil peduli akan rakan kita yang susah. Haruslah kita bersama-sama memberikan bantuan. Hiduplah dengan semangat setiakawan agar perpaduan kekal dalam kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA