DROPDOWN MENU

SLIDER



Sunday, November 26, 2023

CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 13: BIDAR LUKUT | HALAMAN 102

Disclaimer : Bahan-bahan untuk tujuan PDPC sahaja

 



TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 13 : Warisan Budaya Kekal Terpelihara
TOPIK : Bidar Lukut
KEMAHIRAN BAHASA
5.0 ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN
5.2.3 Memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata ganda mengikut konteks.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mengenal pasti kata ganda penuh.
Menulis catatan ringkas.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mengenal pasti dan mencatat ringkas dengan menggunakan kata ganda penuh dengan betul.


AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
1. Murid membaca dan memahami tentang e-mel yang bertajuk “Bidar Lukut”.
2. Murid dibimbing mengenal pasti kata ganda penuh dalam bahan. (KBAT)
3. Murid dibimbing menulis catatan ringkas dengan menggunakan kata ganda penuh. (PBD)
4. Murid menyenaraikan kata ganda penuh dalam buku latihan.
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan diminta menulis catatan ringkas dengan menggunakan kata ganda penuh berdasarkan tajuk yang diberikan. (PAK 21) 
2. Kumpulan yang terpilih diminta ke hadapan untuk membaca catatan ringkas yang telah dihasilkan.

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Cadangan Jawapan

Kata Ganda Penuh
  • daun-daun
  • undang-undang
  • botol-botol
  • perahu-perahu
  • cantik-cantik
  • kanak-kanak
  • gerai-gerai
  • penonton-penonton

Catatan ringkas:
Bidar Rukut ialah sejenis perahu kecil yang bentuknya tirus dan panjang. Permainan ini merupakan permainan tradisional kaum Melanau di Mukah, Sarawak. Di dalam perahu, akan dipacakkan daun-daun kering sebagai layar. Perahu akan bergerak apabbila dituip angin.
        Dalam undang-undang, permainan ini, perahu perlu bergerak mengikut lorong masing-masing. Lorong ditanda menggunakan botol-botol yang telah disambung. Perahu-perahu ini dicat dengan warna yang cantik-cantik. Keunikannya menarik minat kanak-kanak dan dewasa. Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan tradisional tempatan. Penonton-penonton dapat membeli makanan dan minuman.



No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA