DROPDOWN MENU

SLIDER



Sunday, November 26, 2023

CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 14: ISTIMEWANYA PAK CU | HALAMAN 103

Disclaimer : Bahan-bahan untuk tujuan PDPC sahaja

 


TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA

UNIT 14 : Persada Seni Lambang Jati Diri

TOPIK : Istimewanya Pak Cu

KEMAHIRAN BAHASA

1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN

1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan situasi tidak formal.

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut semula ujaran yang terdapat dalam pelbagai situasi.  

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat :

Mendengar dan mengecam sebutan daripada dialog dan audio.

KRITERIA KEJAYAAN

Murid berjaya menyebut ujaran semula yang terdapat dalam pelbagai situasi.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :

Murid berkongsi pengetahuan tentang wayang kulit.

Aktiviti :

1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.

2. Murid membaca dan memahami tentang wayang kulit Pak Cu.

3. Murid dibimbing mendengar dan mengecam sebutan yang terdapat dalam pelbagai situasi. (KBAT)

4. Murid dibimbing menyebut ujaran semula yang terdapat dalam pelbagai situasi. (PBD)

5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

6. Setiap kumpulan diminta menyebut ujaran semula yang terdapat dalam pelbagai situasi yang diberikan. (PAK 21) 

7. Kumpulan yang terpilih diminta ke hadapan untuk berkongsi ujaran yang dibincangkan.

Penutup :

Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.

Cadangan Jawapan :

Istimewanya Pak Cu
Pak Cu ialah Eyo Hock Seng. Pak Cu berketurunan Cina. Masyarakat sekitar memanggil Pak Cu dengan gelaran Pak Cu Tok Dalang. Pak Cu bermain wayang kuli sejak berusia 10 tahun. Pak Cu berguru dengan pemain wayang kulit tersohor, Abdullah Baju Merah. Sudah lebih 40 tahun Pak Cu bergiat aktif dalam persembahan. Untuk masa akan datang, Pak Cu sedang melatih seorang cucu Pak Cu untuk mewarisi seni ini. Walaupun masih muda, dia sudah mampu menghafal beberapa buah cerita wayang kulit.


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA