RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : KEJUARAAN WARGA MALAYSIA
Standard Kandungan :
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks.
iii. kata ganda berentak
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh ;
i. menyertai sembilan kata ganda berentak yang terdapat dalam teks dengan betul.
ii. membina lima ayat menggunakan kata ganda berentak diberi dengan betul.
Kriteria Kejayaan:
- Murid memahami kata ganda berentak.
- Murid menyenaraikan sembilan kata ganda berentak dalam teks.
- Murid membina lima ayat menggunakan kata ganda berentak yang terdapat dalam teks.
Aktiviti
- Murid mengenali tokoh-tokoh pelumba basikal negara. (gambar)
- Murid membaca senyap dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 114)
- Murid dipilih secara rawak membaca kuat teks.
- Murid diberi penjelasan tentang kata ganda berentak.
- Murid dalam kumpulan menyenaraikan kata berentak yang terdapat dalam teks dalam peta buih.
- Membentangkan tugasan.
- Murid membina ayat menggunakan kata ganda berentak yang diperoleh daripada teks dalam buku tulis.
- Murid menulis kata ganda berentak lain mengikut jenis. (Lembaran kerja)