DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, February 17, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 9 : JANGAN PANDANGAN RINGAN | MEMBACA| HALAMAN 64 & 65



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : JANGAN PANDANGAN RINGAN


Standard Kandungan : 
2.3 Membaca dan mengapreasi pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera.


Standard Pembelajaran:
2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian.


Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca dua perenggan teks cerpen dan lima rangkap gurindam dengan sebutan dan gaya penyampaian yang sesuai.


Kriteria Kejayaan:
1. Murid membaca kuat dua perenggan cerpen dengan intonasi yang sesuai.
2. Murid melagukan lima rangkap gurindam dengan baik.

Aktiviti
1. Murid menulis tentang ciri keselamtan yang ada dalam kereta keluarga mereka pada peta bulatan.
2. Murid membaca teks secara pasangan. Seorang baca dan seorang semak bacaan rakan. ( Buku Teks ms.64)
3. Murid dibimbing membaca teks dengan gaya penyamnpaian yang sesuai. Setipa murid membaca kuat dua atau tiga perenggan teks.
4. Murid diperdengar audio melagukan gurindam dalam teks. (Imbas QR dalam teks)
5. Murid dibimbing melagukan gurindam dengan betul.
Murid secara berpasangan melagukan gurindam dalam pelbagai gaya penyampaian.
Murid menyenaraikan barangan kit kecemasan pada peta buih dalam buku tulis.


CADANGAN JAWAPAN

1. Kit kecemasan kenderaan perlu ada di dalam sesebuah kenderaan untuk membantu pemandu sekiranya berlaku sesuatu kecemasan ketika dalam perjalanan.

2. Tindakan yang dilakukan oleh Encik Razali ketika menolong mangsa kemalangan ialah dengan menggunakan jek untuk mengeluarkan motosikal dari bawah kereta. Selain itu, Encik Razali juga memakai jaket pantulan cahaya dan meletakkan segi tiga keselamatandi bahagian belakang kereta.

3. 12 barang – payung / perkakas pelbagai guna / segi tiga keselamatan / kabel pelompat /tayar simpanan dan alat penukar tayar / air / pemadam api kecil /jaket keselamatan pantulan cahaya / pengecas telefon bimbit / lampu suluhdan bateri tambahan / peti pertolongan cemas / tukul keselamatan pelbagai guna

klik gambar untuk maklumat lanjut


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA