DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, February 17, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 8 : AWASI GERAK-GERIMU | SENI BAHASA | HALAMAN 60

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : AWAS GERAK-GERIMU

Standard Kandungan : 
4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni tulisan jawi.

Standard Pembelajaran:
4.4.2 Mempersembahkan keindahan seni tulisan jawi melalui perumpamaan.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh menulis satu perumpamaan dalam seni tulis jawi khat secara kreatif dan menarik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami maksud perumpamaan bagai aur dengan tebing.
  2. Murid menulis dan menekap huruf jawi menggunakan kertas surih.
  3. Murid menulis perumpamaan menggunakan seni tulis jawi.

Aktiviti
  1. Murid menyatakan maksud perumpamaan "bagai aur dengan tebing".
  2. Murid secara berpasangan melakonkan dialog dalam bahan. (Buku Teks ms.60)
  3. Murid mengenal, mengecam dan menyebut huruf jawi melalui perumpamaan dalam teks.
  4. Murid menulis huruf jawi berkaitan perumpamaan dengan menekapnya menggunakan kertas surih.
  5. Murid menulis huruf menggunakan keindahan seni tulis jawi pada kertas A.
  6. Murid mempamerkan hasil di atas meja masing-masing.Murid-murid membuat jelajah galeri melihat hasil tgasan rakan-rakan mereka.
  7. Beberapa hasil tulisan terbaik dipaparkan pada papan tulis.


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA