DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, February 17, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 7 :KELUAR DENGAN TENANGNYA | TATABAHASA | HALAMAN 54

 

TEMA : KESELAMATAN

TOPIK : KELUAR DENGAN TENANGNYA

Standard Kandungan :

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks.

    i. kata pemeri

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh melengkapkan enam tempat kosong dalam teks dengan kata pemeri yang betul.

Kriteria Kejayaan:

  • Murid memahami penggunaan kata pemeri
  • Muird mengenal pasti penggunaan kata pemeri dalam ayat sama ada betl atau salah.
  • Murid melengkapkan teks dengan kata pemeri.

Aktiviti

  • Murid menyatakan langkah keselamatan sekiranya hendak pergi bercuti.
  • Murid diperjelaskan tentang kata pemeri dan penggunaannya.
  • Murid membaca panduan keselamatan pertama dalam teks dan mengenal pasti penggnaan kata pemeri. (Buku Teks ms.54)
  • Permainan. Setiap kumpulan diberikan sepuluh ayat yang mengandungi kata pemeri.Ahli kumpulan meneliti ayat diberi. Guru membaca ayat yang ada pada kumpuulan.Murid diminta menyatakan penggunaan kata pemeri dalam ayat itu betul. Murid mengangkat warna hijau jika betul dan warna jika salah.
  • Murid menulis teks panduan keselamatan dalam teks dan melengkapkan ayat dengan menggunakan kata pemeri yang betul.
  • Secara rawak murid dimunta membacakan teks yang telah dilengkapkan.
yyy

CADANGAN JAWAPAN

GAMBAR 2:

Si Kelabu dan Si Putih ialah arnab peliharaan Afifi. Dia menghantar haiwan peliharaannya ke Pusat Jagaan Haiwan. Pusat ini menawarkan penjagaan eksklusif bagi haiwan peliharaan melalui konsep hotel. Perkhidmatan ini adalah mudah bagi orang yang mementingkan keselamatan haiwan peliharaan semasa bercuti

GAMBAR 3

Encik Nazri memasang suis pemasa automatik. Pemasa automatik ialah alat untuk mengawal dan  menetapkan tempoh lampu menyala. Pemasa automatik adalah penting sebagai alat keselamatan ketika penghuni tiada di rumah pada waktu malam.

GAMBAR 4

Encik Nazri juga melaporkan ketiadaan beliau sekeluarga di rumah kepada Encik Azlan. Encik Azlan ialah anggota polis. Encik Nazri memberikan alamat rumah kepada beliau. Maklumat ini adalah untuk memudahkan pihak polis membuat rondaan bagi mengekang pencerobohan.


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA