DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, February 17, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 8 : WASPADA MEMANDU | TATABAHASA | HALAMAN 61

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : WASPADA MEMANDU

Standard Kandungan : 

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.


Standard Pembelajaran:

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks.

    ii. kata pengat


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh :

i . melengkapkan teks dengan kata penguat yang betul.

ii. menulis lima ayat menggunakan kata penguat dengan betul.


Kriteria Kejayaan:

1. Murid memahami penggunaan kata penguat.

2. Murid melengkapkan teks dengan kata penguat yang betul.

3. Murid membina lima ayat menggunakan kata penguat.


Aktiviti

1. Murid bersoal jawab tentang pentingnya berwaspada semasa memandu kenderaan.

2. Murid diperjelaskan tentang kata penguat dan penggunaannya.

3. Murid membaca perenggan satu dan dua teks "Waspada Memandu" dan mengenal pasti penggunaan kata penguat. (Buku Teks ms.61)

44. Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan perenggan tiga teks dengan kata penguat yang betul.

5. Murid membaca teks yang telah dilengkapkan.

6. Murid membina lima ayat menggunakan kata penguat yang diberi.

7. Murid menyatakan pengajaran diperoleh daripada teks.

CADANGAN JAWAPAN

Encik Nazri memandu tidak terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan. Beliau agak bimbang

jika pemandu tersebut membrek secara mengejut , beliau tidak sempat untuk membrek kerana jalan

licin sangat . Afifi risau sungguh . Cuaca pula makin gelap.Pelihatan Encik Nazri kurang jelas kerana

kabus amat tebal. Afifi meminta ayahnya memasang lampu kecemasan. Ayahnya memberitahu

bahawa lampu tersebut hanya digunakan semasa kecemasan. Encik Nazri berhenti di hentian rehat

dan rawat bagi mengelakkan kemalangan. Beliau letih benar . Beliau memakai baju sejuk kerana

suasana sejuk betul.

klik gambar untuk maklumat lanjut

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA