RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : KESELAMATAN
TOPIK : DETIK PERPADUAN
Standard Kandungan :
1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibbaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran:
1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita dua daripada tiga perkara diminta tentang bahan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.
Kriteria Kejayaan:
- Murid dmemahami bahan yang hendak diceritakan.
- Murid bercerita tentang tiga perkara tentang bahan.
Aktiviti
- Murid bersoal jawab dengan murid tentang gambar. (Buku Teks ms.73)
- Murid meneliti gambar dan membaca rangkai kata diberi dalam teks. (Buku Teks.74 & 75)
- Murid dibimbing untuk bercerita berdasarkan gambar dan rangkai kata dalam teks dengan sebutan yang betul dan gaya yang sesuai.
- Murid secara berpasangan diberi masa untuk latihan bercerita berdasarkan dialog yang terdapat dalam teks.
- Murid bersama pasangan melakonkan dialog untk bercerita tentang maklumat yang dilihat. Murid lain menilai persembahan rakan mereka dengan memberikan bintang.
- Murid menulis dialog dlam buku tulis mengikut format penulisan dialog.
1.
a) Tuanku Abduk Rahman
b) Tun Tan Cheng Lock
c) Tun V.T Sambanthan
2. Dalam ucapannya, beliau berharap agar rakyat Malaysia berasa megah atas kejayaan yang
dicapai oleh negara ini, serta yakin berapa banyak lagi kejayaan akan dicapai hasil semangat
hidup persaudaraan antara satu sama lain.
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment