DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, February 17, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 7 : SIAP SIAGA SEBELUM TIDUR | MENULIS | HALAMAN 50 & 51

 


CADANGAN JAWAPAN

Draf
Isi 1 - 
Ibu kunci pintu pagar. Azrul dan Afifi pula memeriksa serta mengunci semua tingkap dan
jeriji boleh laras. Mereka pastikan semua telah berkunci untuk elakkan dimasuki penceroboh.

Isi 2 - 
Azrul dan Afifi masuk ke dalam bilik. Mereka melayari media sosial. Ibu mengingatkan 
mereka akan pesanan ayah melarang mereka berkongsi maklumat ketiadaan
ibu bapa dan status lokasi di dalam media sosial. Ini boleh mengundang penceroboh.

Isi 3 - 
Afifi terpandang telefon. Afifi teringat ayahnya berpesan agar tidak tidur bersama 
telefon yang dicas. Afifi mencabut palam pengecas telefon dan meletakkannya 
di atas almari. Telefon yang dicas berlebihan boleh menyebabkan telefon 
meletup dan terbakar.

Penutup - 
Ibu memuji Azrul dan Afifi kerana mengambil tindakan yang bijak serta mematuhi 
arahan keselamatan yang diajar oleh ayah mereka. Kini Azrul dan Azizi
boleh tidur dengan tenang dan selamat.

Jam menunjukkan 8.00 malam. Ibu kunci pintu pagar. Manakala Azrul dan
Afifi pula memeriksa dan mengunci semua tingkap dan jeriji boleh laras. Mereka 
pastikan semua telah berkunci untuk elakkan dimasuki penceroboh.
         

            Azrul dan Afifi masuk ke dalam bilik. Sebelum tidur mereka melayari media 
sosial. Pada awalnya, mereka ingin berkongsi maklumat di media sosial tentang 
ketiadaan bapa mereka di rumah tetapi ibu telah mengingatkan mereka akan pesanan 
ayah. Ayah melarang mereka berkongsi maklumat ketiadaan ibu bapa dan status lokasi.
Perbuatan ini boleh mengundang penceroboh.
         

            Ketika Afifi hendak mematikan suis lampu, dia terpandang telefonnya yang sedang
dicas. Afifi teringat, ayahnya juga berpesan agar tidak tidur bersama telefon yang dicas. 
Oleh itu, Afifi telah mencabut palam pengecas telefon dan meletakkannya di atas almari 
kerana telefon yang dicas berlebihan boleh menyebabkan telefon meletup dan terbakar.
         

            Ibu tersenyum dan memuji Azrul dan Afifi kerana mengambil tindakan yang bijak.
Mereka juga mematuhi arahan keselamatan yang diajar oleh ayah mereka. Kini, Azrul 
dan Afifi boleh tidur dengan tenang dan selamat.


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA