DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, October 20, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 12 : BUKU JALANAN CHOW KIT | HALAMAN 92

 



KEMAHIRAN BAHASA

5.0 ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN

5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN

5.2.2 Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk mengikut konteks.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat :

Mengenal pasti dan mengkategorikan pelbagai kata majmuk.

KRITERIA KEJAYAAN

Murid berjaya membina perenggan berpandukan kata majmuk yang terdapat dalam teks dengan betul.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :

Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :

1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.

2. Murid membaca dan memahami maklumat tentang “Buku Jalanan Chow Kit”.

3. Murid dibimbing mengenal pasti dan mengkategorikan pelbagai kata majmuk berdasarkan teks. (KBAT)

4. Murid dibimbing membina perenggan dengan menggunakan pelbagai kata majmuk. (PBD)

5. Murid mengenal pasti dan mengkategorikan pelbagai kata majmuk berdasarkan teks dalam buku latihan. (PBD)

6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

7. Setiap kumpulan diminta membina perenggan dengan menggunakan pelbagai kata majmuk. (PAK 21)

8. Kumpulan yang terpilih diminta membaca perenggan yang dibina di hadapan kelas.

Penutup :

Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.

CADANGAN JAWAPAN

Rangkai kata bebas
  • bandar raya
  • bekerjasama
  • bola sepak
  • kakitangan
Kiasan
  • mengasah bakat
  • anak emas
  • pilih kasih
Istilah
  • pusat sumber
  • warganegara
  • mata pelajaran
  • suri teladan
BINA PERENGGAN

Buku Jalanan Chow Kit merupakan pusat sumber dan ruang belajar untuk memberi peluang kepada kanak-kanak dari keluarga miskin kota untuk membaca, belajar, bersukan dan berseni kreatif. Di sini kanak-kanak golongan miskin bandar tanpa mengira status, bangsa dan warganegara berpeluang untuk mempelajari pendidikan asas supaya meraka boleh hidup sebagai manusia yang baik dan sempurna. 

        Bagi menjayakan program tersebut pelbagai pihak telah bekerjasama dan menyumbangkan kemudahan kepada mmereka. Antara kemudahan dan sokongan yang diterima berbentuk wang tunai, tenaga pengajar, makanan, sukarelawan, buku dan lain-lain lagi.
    Anak-anak ini dididik tanpa kasih dan diberikan kemudahan secara percuma. Mereka yang berjaya diharap dapat menjadi suri teladan kepada golongan yang kurang bernasib baik.


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA