DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, October 20, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 12 : SUKAN WADAH PERPADUAN | HALAMAN 90

 



KEMAHIRAN BAHASA
3.0 KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna

STANDARD PEMBELAJARAN
3.2.1 Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada sesuatu bahan multimedia.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami petikan perenggan yang disediakan.
3. Murid dibimbing membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif daripada bahan multimedia. (KBAT)
4. Murid dibimbing memahami isi kandungan peta minda dalam buku teks. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan pasangan.
6. Setiap pasangan berbincang untuk membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif daripada bahan multimedia.
(PAK 21)
7. Pasangan yang terpilih diminta membaca perenggan yang dibina di hadapan kelas.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN

Perpaduan boleh dipupuk melalui aktiviti sukan dengan melibatkan peserta daripada pelbagai kaum. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan silaturahim dan pada masa yang sama sukan boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta dengan cara mereka berlatih bersama-sama. Mereka berkongsi padang, alatan sukan dan jurulatih yang sama. Mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan bagi pasukan mereka.

    Aktiviti sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan penyokong sukan. Mereka memberi sokongan tanpa mengira kaum dan bentuk sukan yang menjadi pilihan. Penyokong mampu mengeratkan silaturahim antara kaum. Kemudahan sukan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti gelanggang digunakan oleh semua kaum dan mereka juga berkongsi peralatan yang sama.

        Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan yang melibatkan pelbagai kaum memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat sekaligus dapat mengeratkan lagi perpaduan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA