DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, October 20, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 13 : LEMAK MANIS TEPUNG PELITA | HALAMAN 98

 



KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR   

STANDARD KANDUNGAN
1.3 Bercerita, dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.  


STANDARD PEMBELAJARAN
1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menceritakan cara membuat kuih daripada maklumat yang didengar dan dibaca.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menceritakan semula maklumat yang didengar dan dibaca dengan betul.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami cara membuat kuih tepung pelita daripada maklumat yang didengar dan dibaca.
3. Murid dibimbing mendengar dan membaca bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing menceritakan bahan dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. (PBD)
5. Murid berkongsi kuih kegemaran mereka. 
6. Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan.
7. Pasangan yang terpilih diminta menceritakan cara membuat kuih tepung pelita daripada maklumat yang didengar dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN

Mula-mula, kita mestilah sediakan acuan tepung pelita. Kemudian, masukkan satu sudu teh gula pasir yang telah dikisar ke dalamnya. Seterusnya, untuk lapisan bawah, masukkan semua bahan ke dalam periuk dan panaskan. Kacau adunan sehingga sebati dan likat.

        Selepas itu, tuang adunan ke dalam acuan dan biarkannya menyejuk. Untuk bahagian atas, kita perlu panaskan semua bahan iaitu 4  cawan santan, 4 sudu makan tepung beras dan secubit garam. Apabila adunan telah sebati, kita tutup api. Akhir sekali, tuang adunan ke dalam acuan semula dan biarkannya menyejuk.



No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA