DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, October 20, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 27 : LEMAK MANIS TEPUNG PELITA | HALAMAN 206

 




KEMAHIRAN BAHASA

5.0 ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN

5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN

5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat :

Membina pelbagai jenis ayat berdasarkan ayat.

KRITERIA KEJAYAAN

Murid berjaya membina pelbagai jenis ayat berdasarkan ayat dengan betul.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :
Murid meneliti gambar dan teks yang disediakan.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami maklumat tentang Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS).
3. Murid dibimbing menganalisis bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing membina pelbagai ayat berdasarkan bahan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan.
6. Setiap pasangan diminta membina pelbagai jenis ayat berdasarkan gambar. (PAK 21)
7. Murid berkongsi ayat yang dibina di hadapan kelas.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN

AYAT PENYATA:
Buku teks di bilik itu tersusun dengan kemasnya mengikut mata pelajaran. Cikgu Ramli meletakkan fail dengan kemas di rak. Terdapat bbeberapa orang pengawas buku teks sedang bbertugas,

AYAT TANYA:
  1. Apakah yang perlu saya lakukan?
  2. Apakah yang sedang kamu tulis itu?
  3. Apakah yang harus saya catat pada borang ini?

AYAT SERUAN:
  1. Aduhai, banyak sungguh buku yang telah rosak!
  2. Aduhai, buku ini sudah terkoyak!
  3. Aduhai, muka surat buku ini sudah hilang!

AYAT PERINTAH:
  1. Amin, letak buku itu di sini.
  2. Letakkan buku yang sudah diikat di sini.
  3. Letakkan buku-buku ini di sana.


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA