DROPDOWN MENU

SLIDER



Thursday, October 19, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 11 : IRAMA YANG MENYATUKAN KITA | HALAMAN 82 & 83

 




KEMAHIRAN BAHASA

2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN

2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera

STANDARD PEMBELAJARAN

2.3.2 Membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera, dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat:

Membaca teks cerita dan mempersembahkan cerita dalam pelbagai bentuk.

KRITERIA KEJAYAAN

Murid berjaya mempersembahkan cerita dalam pelbagai bentuk dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai 

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :

Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :

1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 

2. Murid membaca dan memahami cerita yang bertajuk “Irama yang Menyatukan Kita”.

3. Murid dibimbing membaca dan mengharhai ilmu dan nilai yang terkandung dalam teks cerita. (KBAT)

4. Murid dibimbing mempersembahkan teks cerita dalam pelbagai bentuk. (PBD)

5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

6. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan teks cerita dalam pelbagai bentuk dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. (PAK 21) 

7. Murid membaca dan memahami petikan dalam BAM PKJR m/s 16.

8. Murid melengkapkan jawapan soalan pemahaman berdasarkan petikan yang diberikan.

Penutup :

Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.

CADANGAN JAWAPAN

ILMU

  • Ilmu tentang alat muzik. Terdapat bahan terpakai dipersekitaran yang boleh dijadikan seperti alat muzik.
  • Pembelajaran muzik boleh dilakukan secara formal dengan tunjuk ajar yang betul.Penggunaan bahan terpakai juga boleh menghasilkan muzik yang menarik.
  • Muzik juga merupakan medium untuk membentuk perpaduan. Contohnya Allahyarham Sudirman yang selalu membawa mesej perpaduan dalam setiap persembahannya.
  • Alat muzik angklung diperbuat daripada buluh dan dikategorikan sebagai idiofon, iaitu alat muzik yang terhasil daripada bunyi  getaran.
NILAI

  • Nilai baik hati yang ditunjukkan oleh Pak Cik Adi Johari yang mahu mengajar kanak-kanak bermain muzik dan bersedia mengajar mereka dengan percuma.
  • Nilai menghargai alam sekitar yang ditunjukkan oleh Izwan, Dinesh dan Mei Lee yang menggunakan bahan terpakai sebagai alat muzik.
  • Nilai patriotisme yang ditunjukkan oleh Allahyarham Sudirman bin Haji Arshad yang membawa mesej perpaduan dalam persembahannya.
  • Nilai tidak putus asa ditunjukkan oleh Izwan, Ninesh dan Mei Lee semasa belajar untuk bermain angklung.

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA