DROPDOWN MENU

SLIDER



Tuesday, June 6, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 6 : NYAMUK PENYELAMAT | HALAMAN 37

 



KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.2.2 Bertutur untuk menghujahkan sesuatu perkara menggunakan idea yang kritis dan kreatif berdasarkan maklumat yang tersurat dan tersirat.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Bertutur untuk menghujahkan idea kreatif.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya bertutur untuk menghujahkan maklumat dengan menggunakan idea kreatif.


AKTIVITI  PDPC

Pengenalan :
Murid berbual bersama pasangan tentang gambar rajah dan maklumat yang diberikan.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid diterangkan tentang Projek Wolbachia oleh guru melalui You Tube. 
3. Murid berkongsi maklumat yang diperolehi daripada menonton video tersebut. 
4. Murid dibimbing menganalisis bahan untuk mendapatkan maklumat tersurat dan tersirat. (KBAT)
5. Murid dibimbing bertutur untuk menghujahkan maklumat dengan menggunakan idea kreatif. (PBD)
6. Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan. 
7. Pasangan yang terpilih diminta bertutur menggunakan dialog dalam buku teks berpandukan maklumat yang disediakan secara kreatif. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Bertutur untuk menghujahkan idea kreatif.

Cadangan Jawapan:

Encik Faizal        : Izzah, program kawalan denggi dengan nyamuk berwolbachia ini lebih mesra alam
                               kerana tidak menggunakan sebarang racun atau bahan kimia.
Izzah                    : Ya, ayah. Nyamuk berwolbachia tidak berbahaya kerana tidak menyebabkan
                               penyakit lain kepada hidupan lain.
Encik Faizal         : Bagaimanakah persekitaran yang bersih dapat menjamin kejayaan pembiakan
                               nyamuk berwolbachia di dalam bekas-bekas hitam itu?
Izzah                    :Persekitaran yang bersih dapat menjamin kejayaan pembiakan nyamuk
                              berwolbachia di dalam bekas-bekas hitam itu dengan cara tidak mengganggu atau
                              mengalihkan bekas ini,tidak membuang air dari bekas-bekas ini, tidak memasukkan
                             bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas ini dan memberi  kesedara kepada  masyarakat.                                                       


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA