DROPDOWN MENU

SLIDER



Tuesday, June 6, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 6 : EVOLUSI AMBULANS | HALAMAN 38

 



KEMAHIRAN BAHASA
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN
2. 2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia.

STANDARD PEMBELAJARAN
2.2.1 Membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia untuk membuat rumusan, dan ramalan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat:
Membaca teks dan membuat ramalan. 

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menaakul bahan untuk membuat ramalan dengan betul dan tepat 


AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid meneliti gambar dan maklumat dalam buku teks.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan meneliti gambar rajah dan maklumat dalam buku teks mengenai Evolusi Ambulans. 
3. Murid dibimbing membaca dan memahami bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing menaakul bahan untuk membuat rumusan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 
6. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk membuat rumusan mengenai bahan yang diberikan. (PAK 21)
7. Seorang wakil membaca rumusan yang telah dihasilkan di hadapan kelas.
8. Murid memerhatikan gambar dalam BAM PKJR m/s 9.
9. Murid menulis perenggan berdasarkan urutan gambar di beri.
10. Murid membandingkan jawapan mereka dengan rakan sebelah.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Baca teks dan buat ramalan.

Cadangan Jawapan
Ciri-ciri ambulans pada masa hadapan haruslah mempunyai keupayaan teknologi yang canggih. Ambulans yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri yang dapat meningkatkan fungsi dan kemampuannya dalam menangani dan keupayaan menyelamatkan pesakit. Sebolehnya, ambulans dapat direka khas agar dapat bergerak di udara bagi memastikan pesakit dibawa ke hospital dalam tempoh yang singkat. Ambulans juga mempunyai robot yang berfungsi sebagai doktor yang berkeupayaan merawat pesakit.



No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA