DROPDOWN MENU

SLIDER



Monday, March 27, 2023

1 MINGGU 1 KARANGAN | TAJUK : DIRI SAYA #1


KARANGAN DIRI SAYA

Nama saya Syakila binti Jaafar. Saya berusia 10 tahun dan merupakan seorang pelajar tahun empat di Sekolah Kebangsaan Gopeng, Taman Gopeng Baru. Saya dilahirkan pada 23 Januari 2013 di sebuah hospital swasta  yang terletak di Ipoh. Saya mempunyai empat orang adik- beradik dan merupakan anak kedua dalam keluarga. 

        Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan yang bergelar ayah, ibu, abang, dan adik yang membentuk keluarga saya. Ayah dan ibu merupakan merupakan individu yang paling saya sayangi dan hormati dalam hidup saya. Kami telah dididik dengan baik oleh kedua ibu bapa kami. Sekiranya kami melakukan kesilapan, ayah saya akan menasihati kami dengan cara yang baik dan tidak pernah menghukum kami. 

        Pada masa lapang , saya gemar membaca buku. Antara bahan bacaan yang menjadi pilihan saya ialah novel, majalah, dan buku-buku fiksyen. Saya gemar membaca kerana saya mendapat kepuasan apabila membaca. Selain itu, saya amat suka melayari internet dan membaca untuk mengumpul maklumat .

        Subjek kegemaran saya ialah Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pada masa depan.Saya ingin menjadi seorang yang berilmu supaya saya akan dapat mencapai kejayaan dalam hidup dan akan sentiasa dihormati.

Dapatkan juga :

 




Dapatkan juga : 


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA