DROPDOWN MENU

SLIDER



Monday, December 26, 2022

TP BUKAN SEBAHAGIAN PBD - Salah faham yg mengerikan ?

 TP BUKAN SEBAHAGIAN PBD - Salah faham yg mengerikan ?

1. Kesian mak bapak tak tahu apa-apa, guru pula ikut menonong berilah apa saja. Macam2 templat TP disediakan yang lebih kepada menyusah dan membebankan guru tanpa apa2 impak dan keperluan kepada murid.

2. PBD dijalankan dengan Formative Assessment (FA) dan Summative Assessment (SA) yang dah wujud sejak lama. Jom fahami kedua aspek ini.

# Formative Assessment (FA)

- proses penilaian berterusan dalam kelas utk mengetahui 'bagaimana' murid belajar sepanjang PdP supaya dapat diperbaiki pendekatan pengajaran yang dapat mengoptimakan pembelajaran murid

- utk mengetahui cabaran yang murid hadapi spt kesukaran memahami konsep, kurang pengetahuan sedia ada supaya dapat diperbaiki PdP melalui pertimbangan profesional guru.

- memberikan bantuan, intervensi yang sesuai bagi mengurangi cabaran yg murid hadapi

- untuk mendapat maklum balas bagi menyesuaikan pendekatan PdP yang omputih sebut 'better suit the needs of the students

- TIADA pengukuran pencapaian murid dilakukan dengan sebarang RUBRIC atau standardized benchmark dalam FA

- Contoh FA seperti pemerhatian, perbincangan dalam kelas, menemuduga murid, borang maklum balas, persembahan oral dari murid, kerja berkumpulan etc.

# Summative assessment (SA)

- penilaian utk mengetahui berapa 'banyak' pelajar telah menguasai apa yang dipelajari diakhir sesuatu sesi pembelajaran (spt pertengah atau akhir tahun)

- pengukuran dilakukan dengan ujian atau peperiksaan yang standard kepada kumpulan murid yang diajar di akhir sesi pembelajaran

- Contoh SA adalah seperti Ujian Pertengahan Tahun, Projek Akhir Tahun, dengan setiap murid mendapat skor bagi mewakili 'kuantiti' pembelajaran yang dikuasai sepanjang satu tempoh

- Contoh SA spt ujian peetengahan tahun, peperiksaan akhir tahun atau persembahan projek akhir tahun

3. KPM menggunakan pernyataan berikut jika dibaca dalam modul yang beredar:

- FA adalah pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran 

- SA pula adalah pentaksiran tentang pembelajaran.

Maaf, saya tak faham apa maksud klausa di atas. 

4. Pernyataan dalam modul PBD yang menyebut 'Murid akan dinilai mengikut tahap penguasaan TP 1 sehingga TP 6'. Kemudian disediakan pula pelbagai templat utk diisi dari TP1 - TP6 dgn 'peringatan' murid mesti mencapai minimum TP3.

5. Persoalan: 

Adakah pengisian templat TP ini mewakili FA atau SA ?

6. FA tidak memerlukan apa2 rubrik yang standard maka TP BUKAN proses yang melibatkan FA. TP bukan FA.

7. SA adalah skor atau kuantiti penguasaan murid di akhir sesi akademik, maka TP juga bukan SA.

8. Jika TP bukan FA dan SA - di manakah kedudukan penilaian TP1-TP 6 tersebut ?

9. Atas sebab inilah TIADA negara jadikan pendekatan penguasaan spt TP1-TP6 ini sebagai satu penilaian... dan yang dilakukan di Msia ini ibarat pemahaman 'syok sendiri'.

10. Tujuan asal 6 tahap ini utk membina LO mengikut tahap kesukaran, bukan  pengukuran atau penilaian Tahap Penguasaan murid kerana ia BUKAN Formative Assessment mahupun Summative Assessment. Maka melaksanakan TP adalah satu yang 'terkeluar' dari maksud dan tujuan PBD.

Tidakkah ini mengerikan ?

Copy & paste : FBOT

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA