Pada hujung minggu, keluarga Amir bergotong-royong membersihkan rumah. Ayah mencuci pinggan di dapur. Ibu melipat pakaian dengan kemas. Amir menyapu lantai supaya rumah bersih. Adiknya pula menyusun buku di rak. Mereka saling membantu tanpa mengeluh. Rumah menjadi bersih, kemas dan selesa. Ibu bapa memuji kerajinan anak-anak. Amir dan adiknya berasa gembira kerana dapat membantu keluarga. Mereka berjanji akan sentiasa bekerjasama menjaga kebersihan rumah setiap hari. Hubungan keluarga mereka juga menjadi semakin erat dan bahagia.
Antara
cara menjaga kebersihan gigi ialah kita hendaklah memberus gigi dua kali
sehari. Contohnya, pada waktu pagi dan sebelum tidur. Kesannya, gigi bersih dan
bebas kuman. Selain itu, kita perlu menggunakan ubat gigi yang sesuai. Contohnya,
memberus seluruh gigi. Kesannya, nafas segar. Seterusnya, kita membuat
pemeriksaan gigi. Kesannya, masalah gigi dapat dikesan awal.
Pada suatu petang, saya dan keluarga pergi ke sebuah taman rekreasi yang berhampiran dengan rumah. Suasana di taman tersebut sangat ceria dan nyaman. Ramai orang datang untuk bersenam dan beriadah bersama keluarga masing-masing.
Antara aktiviti yang dilakukan ialah berjoging dan berjalan santai. Saya melihat ibu bapa membawa anak-anak mereka bersenam bersama. Aktiviti ini dapat menyihatkan badan dan mencergaskan minda.
Selain itu, kanak-kanak bermain bola dan lompat tali dengan riang. Ada juga orang dewasa yang menggunakan alatan senaman yang disediakan. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga dan rakan-rakan.
Akhirnya, semua orang pulang dengan perasaan gembira dan seronok. Jelaslah bahawa bersenam di taman rekreasi dapat membantu kita menjalani kehidupan yang sihat dan harmoni.