DROPDOWN MENU

SLIDER



Sunday, November 5, 2023

RM50,000 SEBAGAI GURU TERBAIK MALAYSIA



Cikgu Nazmi Rosli, dari Sarawak, memenangi penghormatan tertinggi dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 pada majlis Malaysia Teacher Prize 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 5 November 2023.

Nazmi, guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Lawas, dipilih atas usahanya menjadikan pelajarannya menarik dengan memperkenalkan pengalaman hidup biasa, seperti memasuki kedai dobi atau menaiki pesawat, di dalam kelas dengan hanya menggunakan bahan kitar semula.
Beliau juga telah menggunakan bahan kitar semula dan filem pendek untuk menjadikan pelajarannya lebih menarik.

Sebagai perintis Kelab Filpen (kelab filem pendek), Nazmi berkata, dia turut memberi peluang kepada pelajarnya mengekspresikan diri menerusi pembikinan filem pendek termasuk Teether yang diterima di festival filem Horror Unleashed di Portugal.

Mengulas kemenangannya, Nazmi memberitahu Bernama dia amat bersyukur kerana kegigihannya akhirnya membuahkan hasil.


“Bagi saya, platform ini adalah peluang untuk bukan sahaja berkongsi kisah kehidupan seharian kita sebagai pendidik, tetapi juga untuk menyerlahkan punca matlamat hidup kita, di dalam dan di luar bilik darjah.”


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan anugerah itu kepada Nazmi.
Beliau berkata kementerian komited untuk merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Tumpuan utama sekarang ialah membaiki sekolah usang, katanya.





No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA