KARANGAN : KEPENTINGAN INOVASI DALAM KEHIDUPAN
Pada pendapat saya, inovasi sangat penting dalam kehidupan harian kerana dapat memudahkan urusan manusia. Contohnya, mesin basuh membantu mencuci pakaian dengan lebih cepat dan menjimatkan masa. Selain itu, penggunaan panel dan lampu solar dapat mengurangkan penggunaan elektrik serta menjaga alam sekitar. Di samping itu, alat penyiram pokok automatik memudahkan kerja berkebun dan memastikan tanaman sentiasa subur. Oleh itu, kita perlu menghargai inovasi dan menggunakannya dengan bijak supaya kehidupan menjadi lebih selesa, produktif dan sejahtera untuk semua.
No comments:
Post a Comment