DROPDOWN MENU

SLIDER



Monday, January 16, 2023

JOM JADI WAKELET CERTIFIED #cikgulinnzack #wakeletcertified



Bagaimana nak menjadi Wakelet Certified?

Jom saya ajarkan.

Di bawah ni link nak menduduki course wakelet ni.

https://wakelet.com/@wakeletcertifiedcourse

Bila you all klik link tu, anda akan nampak

 a series of video yang merangkumi beberapa perkara tentang Wakelet, dan akan membantu anda menjadi profesional Wakelet dalam masa yang singkat! Selepas anda menonton setiap video, pastikan anda menjawab soalan dengan betul untuk lulus kursus dan menjadi Wakelet Certified.


Terlebih  dahulu Apakah Wakelet? 

Wakelet? https://wakelet.com telah diasaskan beberapa tahun lepas oleh seorang pemuda yang bernama Jamil Khalil. Ia merupakan satu aplikasi atas talian yang membolehkan anda untuk mengumpul dan menyimpan kandungan yang menarik, sama ada kandungan tersebut adalah milik sendiri ataupun yang dijumpai di Internet. Hampir semua boleh dimasukkan sebagai koleksi dalam Wakelet.

Anda boleh menyimpan apa sahaja daripada komputer anda mahupun yang ada di Internet. Anda boleh membuat koleksi daripada gabungan video (Youtube), fail PDF, gambar, ciapan (tweet), pautan, teks, dan apa-apa sahaja fail yang ada dalam Google Drive dan OneDrive anda.

Wakelet sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan oleh sesiapa sahaja. Sebagai warga pendidik, kita boleh gunakan medium Wakelet ini untuk tujuan peribadi, perkongsian bahan, kolaborasi dengan warga pendidik lain, dan juga sebagai aktiviti pelajar (pelajar berumur 13 tahun dan ke atas boleh daftar akaun Wakelet).

Cikgu boleh mencipta portfolio digital, buku cerita digital, surat berita (newsletter), ruangan simpanan bahan pengajaran dan hasil kerja pelajar, wujudkan perbincangan kelas, wujudkan ruang kolaborasi dengan warga pendidik lain dan pelajar melalui group collection, serta banyak lagi. Semua ini adalah bergantung kepada kreativiti guru dan pelajar.

Anyway kalau you all dah tonton video dan masih samar-samar tentang maklumat yang disampaikan.

You all boleh klik jer "here" untuk baca maklumat yang disampaikan dalam video tu.


dah settle semua u all boleh klik kat


dan follow jer arahan





Kalau u all tak pasti jawapan.You all boleh tonton semula video atau baca sahaja transcript of the video. 

ok selamat mencuba 🥰

7 comments:

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA