DROPDOWN MENU

SLIDER



Sunday, July 3, 2022

MANFAAT DIGITAL SAHAM AKHIRAT #akademiyoutuber #linnzack #ratucanva

Poster Sambutan Hari Guru dan Ulang Tahun Kelahiran Akademi Youtuber yang ke-2
 

Tidak akan pernah lupa. Tidak akan pernah berhenti.

 Ilmu yang diperolehi dalam pelbagai cara perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kepada diri sendiri dan "afdal" dikongsikan. Berkongsi ilmu itu penting dalam memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak.

Berbekalkan bait-bait kata semangat dan sokongan moral, kesungguhan berkongsi manfaat diteruskan  walau seribu badai melanda. Sentiasa berada dalam ruang lingkup yang positif antara faktor yang mampu menjadi inspirasi untuk melangkah mendahului ke hadapan.

Siapa sangka "Sang Introvet" mampu berlayar sejauh ini? 

Sentiasalah buat sehabis baik dengan tiket berdiri atas bakat sendiri dan yakin mustajabnya doa seorang ibu untuk memberi manfaat kepada orang lain, bukan hanya mencari manfaat dari orang lain.

 Disegani, ditakuti bukan matlamat cukuplah sekadar menjadi manusia yang berguna kepada yang berada di sekeliling.

Sabda Rasulullah S.A.W. (Hadis Riwayat at-Thabrani,) yang bermaksud:

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain".

Alhamdulillah.

"Hidup berilmu dikongsi bersama untuk manfaat kita semua". Channel Simply being LinnZack berterusan menerbitkan video sebagai saham akhirat. InsyaAllah, kebaikan yang dihulurkan akan kembali baik untuk diri kita. 

Terima kasih Warga Akademi Youtuber Malaysia (AYU). "Sendirian kita biasa, bersama-sama jadi luar biasa".

Salam Ulang Tahun ke-2 Akademi Youtuber Malaysia (AYU).

poster rekaan Yu.Suffi Yusof

Jom sama-sama kita memeriahkan Sambutan Hari Guru dan Ulang Tahun Kelahiran Akademi Youtuber yang ke-2. Untuk maklumat lanjut sila ke https://www.akademiyoutuber.com/


klik logo AYU untuk kenali Sukarelawan Akademi Youtuber Malaysia (Youtube Partner) 



#AdikBeradikAYU  #AkademiYoutuber #LinnZack  #ratucanva



No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA