DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, April 7, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 | UNIT 2 : SEPAKAT JAGA KEBERSIHAN | KEMAHIRAN MENULIS | HALAMAN 9 #akademiyoutuber

 



Tema : Kemasyarakatan
Topik : Sepakat Jaga Kebersihan

Standard Kandungan:
3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.

Standar pembelajaran
3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada sesuatu bahan multimedia.

Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid boleh membina empat daripada lima ayat lengkap berdasarkan soalan diberi.

Aktiviti
1. Murid menyatakan barangan boleh kitar semula dalam peta bulatan di papan tulis.
2. Murid membaca teks Kempen Jalan dan Kutip (Buku Teks ms.9)
3. Murid dalam kumpulan menulis kandungan kempen tersebut dalam apa sahaja bentuk peta pemikiran atau borang grafik.
4. Murid mempamerkan tugasan mereka.
5. Murid dibimbing menjawab soalan berdasarkan poster kempen Jalan dan Kutip.
6. Murid memberi pendapat secara bertulis terhadap lima soalan berdasarkan teks.
7. Murid membaca jawapan diberi.
8. Guru membuat penilaian.


Cadangan Jawapan







Thursday, April 6, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 3 : BERTEMU PADA HARI PERAYAAN | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 13 #akademiyoutuber

 


KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN
1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan situasi tidak formal.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap penyataan secara kritis dan kreatif. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :Mendengar dan mentafsir penyataan. Memberikan respons secara kritis dan kreatif.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mendengar dan mentafsir penyataan dengan betul serta memberikan respons secara kritis dan kreatif.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berkongsi pengalaman beraya pada Hari Raya Aidilfitri.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami dialog Prasad, Shu Ying dan Irfan. (KBAT)
3. Murid dibimbing mendengar dan mentafsir penyataan. 
4. Murid dibimbing memberikan respons secara kritis dan kreatif berdasarkan isi kandungan dialog. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Murid diminta melakonkan semula dialog perbualan yang lengkap berpandukan dialog dalam buku teks dengan memberikan respons secara kritis dan kreatif. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Cadangan Jawapan









CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 2 : KENANGAN TERINDAH | ASPEK TATABAHASA | HALAMAN 12 #akademiyoutuber

 



KEMAHIRAN BAHASA
5.0 ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN
5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif mengikut konteks.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Memahami kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya memahami kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan dengan betul.
Menulis tiga ayat menggunakan kata kerja transitif dengan betul.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid meneliti gambar melancong ke Seoul dalam buku teks halaman 12.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid mengimbas kembali pelajaran lalu tentang kata kerja transitif. 
(PAK 21)
3. Murid dibimbing memahami dan meneliti serta menyenaraikan kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan. (KBAT)
4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
5. Murid membina ayat menggunakan kata kerja transitif yang disenaraikan dalam buku latihan. (PBD)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.










KATA NAMA (KATA GANTI NAMA) #akademiyoutuber

KATA NAMA (kata ganti nama)

Definisi:

1. Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang.

2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua, dan kata ganti nama diri ketiga. 

3.   Setiap Kata Ganti Nama terdiri daripada Tunggal dan Jamak.

Kata Ganti Diri Pertama

Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.



Kata Ganti Diri Kedua

Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.

Kata Ganti Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)



SUMBER : https://www.cikgukarim.com





Wednesday, April 5, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 | UNIT 2 : KITA BOLEH | KEMAHIRAN MEMBACA | HALAMAN 8 #akademiyoutuber

 



2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN
2.1    Asas membaca dan memahami

STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.1    Membaca dan memahami maklumat tersirat untuk memberikan respons.

AKTIVITI
Membaca dan memahami maklumat tersirat untuk memberikan respons.









CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 | UNIT 2 : KAMI SEPAKAT | KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 7 #akademiyoutuber

 



UNIT 2: KERJASAMA ERATKAN HUBUNGAN
KAMI SEPAKAT
HALAMAN 7

1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN
1.1    Mendengar dan memberikan respon semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.2    Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkaan dalam situasi formal.

AKTIVITI
Mendengar, memahami dan memberikan respon.


Bimbing murid mendengar dan memberikan respon terhadap maklumat yang diujarkan.



Tinesh    : Ya, Afifi. Apakah maksud slogan "Muafakat Merealisasikan Hasrat",Afifi?
Afifi        : Slogan "Muafakat Merealisasikan Hasrat" bermaksud sesuatu perkara perlu dipersetujui
                  ramai untuk dilaksanakan bagi mencapai hasrat.
Kai Jun    : Mengapakah penduduk perlu memakai baju itu, Tinesh?
Tinesh      : Penduduk perlu memakai baju itu kerana baju itu menunjukkan identiti sepakat Taman Seri
                  Damai.



LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA