JANGAN BUANG NASI SEJUK (SEMALAMAN). IA ADA RESISTANT STARCH, PREBIOTIK YANG BAGUS UNTUK USUS ANAK.
Nasi sejuk yang dimaksudkan di sini ialah nasi yang dimasak semalam dan masih elok, yang tidak dikira disimpan di peti sejuk semalaman atau disimpan pada suhu bilik. Yang penting, lebih 12 jam. Setelah semalaman 12 jam, resistant starch terhasil. Nasi sejuk semalaman bukan nasi yang dah basi, ya.
Resistant starch adalah prebiotik yang amat bagus untuk usus anak, usus kita.
• Menurut kajian, Asid Amino, vitamin, mineral dan antioksidan dalam nasi sejuk sangat bermanfaat untuk badan kita.
• Nasi semalaman juga rendah Glycemic Index (GI). Yang disimpan di peti sejuk lebih rendah GI berbanding yang disimpan semalaman di luar.
• Khasiatnya tidak hilang walaupun dipanaskan, jadi, jangan risau. Gunakan saja dalam apa saja menu sesuai untuk anak seperti Nasi Goreng, makan bersama lauk-lauk, sup atau dijadikan bebola.
• Bila resistant starch masuk ke usus, bakteria baik terhasil dan menjadi Immune Booster dan membantu kesihatan usus anak.
• Resistant Starch juga membantu meredakan sembelit, menurunkan paras kolesterol dan masalah gas/angin.
• Usus anak yang sihat amat penting. Usus sihat, Insya Allah anak sihat.
• Post ini juga post umum dan bukan khusus bagi mereka yang tidak sesuai ambil makanan yang dipanaskan semula. Issue gastrik, histamine atau apa saja issue, jika tidak sesuai dengan keadaan kita, boleh abaikannya. Ia tidak sesuai dengan kita tapi ada manfaat bagi yang lain.
Follow Ainini Zainal @aininizainal di Facebook & Instagram untuk semua info, tips, idea, resipi sihat anak.
Ikuti IG & FB Story Ainuni Zainal untuk semua video masakan dan info Dapur Sihat.