DROPDOWN MENU

SLIDER



Sunday, November 26, 2023

CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 13: SEPAK RAGA TUJU | HALAMAN 101

Disclaimer : Bahan-bahan untuk tujuan PDPC sahaja

 

TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA

UNIT 13 : Warisan Budaya Kekal Terpelihara

TOPIK : Sepak Raga Tuju

KEMAHIRAN BAHASA

4.0 ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN

4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.

STANDARD PEMBELAJARAN

4.3.2 Menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan rangsangan dan mempersembahkannya secara kreatif.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat :

Menghasilkan cerita dan mempersembahkannya secara kreatif.

KRITERIA KEJAYAAN

Murid berjaya menghasilkan cerita dan mempersembahkannya secara kreatif.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :

Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :

1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.

2. Murid membaca dan memahami jalan cerita tentang Sepak Raga Tuju.

3. Murid dibimbing memahami bahan. (KBAT)

4. Murid dibimbing menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan dan mempersembahkannya secara kreatif. (PBD)

5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

6. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk menghasilkan cerita tentang Sepak Raga Tuju dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan dan mempersembahkannya secara kreatif. (PAK 21) 

7. Kumpulan yang terpilih diminta ke hadapan untuk mempersembahkan cerita yang telah dihasilkan.

Penutup :

Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.

Cadangan Jawapan :

Semasa di kampung, Irfan dan ayahnya menghadiri Pesta Sukan Rakyat. Mereka ternampak sekumpulan lelaki bermain bola takraw.

        Irfan hairan mereka tidak menggunakan jaring. Ayahnya memberitahu Irfan bahawa itu ialah permainan sepak raga tuju.

        Ayahnya menerangkan vara bermain permainan itu. Irfan teruja akan keunikan permainanitu. Permainan ini dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, badan kita sihat dan otak cerdas. Bila sihat, kita dapat melakukan aktiviti harian dengan baik.

        Semasa di sekolah, Irfan menceritakan pengalamannya di kampung kepada rakan-rakannya. Irfan meminta Cikgu Shamil, iaitu guru pendidikan jasmani mengajar mereka bermain semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Cikgu Shamil berbesar hati dan sudi menunjuk cara kepada Irfan dan kawan-kawannya. Mereka bermain di kawasan lapang.

        Akhir sekali, Cikgu Shamil menubuhkan kelab sepak raga tuju. Mereka mula menyiapkan gelanggang baharu. Semua remaja dan dewasa boleh bermain bersama-sama. Irfan berasa bangga dapat bermain permainan tradisional ini. Permainan ini tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.



No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA