DROPDOWN MENU

SLIDER



Monday, March 4, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 17 : MERCU KEBANGGAAN KITA | MENULIS| HALAMAN 130

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TOPIK : TEKNOLOGI IMBASAN WAJAH

Standard Kandungan : 

3.3 Menghasilkan penulisan

Standard Pembelajaran:

3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan daripada aspek ejaan, tanda baca , penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengedit dan memurnikan dengan betul sekurang-kurangnya tiga belas daripada enam belas kesalahan ejaan, tanda baca dalam teks.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca kuat teks.
  2. Murid mengenal pasti 16 kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan.
  3. Murid mengedit dan memurnikan teks dengan betul.
Aktiviti
  1. Murid menyatakan binaan yang berteknologi tinggi di Malaysia.
  2. Murid membaca dan meneliti buku teks. (Buku Teks ms. 130)
  3. Murid dibimbing mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan pada perenggan pertama dan kedua teks.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan dalam perenggan tiga dan empat dan mencatatnya dalam kertas putih.
  5. Murid membentangkan tugasan.
  6. Murid mengenal pasti ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan dalam pernggan lima hingga tujujh.Kemudian, murid mengedit dan memurnikan teks dalam buku tulis.
  7. Murid dan rakan mereka menyemak tugasan semasa guru membaca teks dan mengedit kesalahan.



klik gambar untuk maklumat lanjut


Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 17 : TEKNOLOGI IMBASAN WAJAH | MEMBACA| HALAMAN 128 & 129

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TOPIK : TEKNOLOGI IMBASAN WAJAH

Standard Kandungan : 

2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia.

Standard Pembelajaran:

2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca kuat dua perenggan teks dengan intonasi yang sesuai dan membuat satu keputusan pilihan mereka tentang bahan.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca kuat dua perenggan teks.
  2. Murid melengkapkan tiga maklumat tentang teknologi imbasan wajah.
  3. Murid membuat keputusan teknologi imbasan pilihan mereka.
Aktiviti
  1. Murid membaca senyap dan meneliti petikan. (Buku Teks 128 & 129)0
  2. Murid membaca kuat rencana berkaitan teknologi imbasan wajah. Setiap murid membaca dua atau tiga perenggan teks.
  3. Murid bersoal jawab berkaitan teknologi imbasan wajah untuk mendapatkan maklumat.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan maklumat tentang teknologi imbasan wajah.
  5. Murid membentangkan tugasan.
  6. Murid membuat pertimbangan dan keputusan.Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.Kumpulan A mahu teknologi imbasan cap jari dan kumpulan B mahu teknologi imbasan wajah.
  7. Murid menyatakan alasan atas pilihan mereka.


CADANGAN JAWAPAN

Imbasan melalui mata membolehkan mesin membaca 30 titik sudut mata mereka dan data 
disimpan. Seterusnya, data akan dikemas kini ke dalam sistem kehadiran.

Mesin Imbas wajah merekodkan maklumat masa, kehadiran dengan tepat dan cepat dan
tidak menimbulkan masalah bacaan data murid.

Teknologi imbasan wajah juga dapat mengawal masalah didiplin kerana sistem imbas
wajah dihubungkan dengan Aplikasi Pepatih MySekolah bagi mengawal disiplin murid dan
aplikasi ini dapat dilihat oleh ibu bapa serta penjaga.
Azim : Abang ingin berkongsi maklumat tentang kelebihan teknologi imbasan wajah.
            Teknologi ini dapat membantu urusan merekod kehadiran murid serta kakitangan 
            sekolah dengan tepat dan pantas. Sistem rekod ini mengelakkan penipuan 
            daripada berlaku kerana teknologi ini dihubungkan terus dengan Aplikasi Pepatih 
            MySekolah, iaitu aplikasi yang membolehkan ibu bapa atau penjaga boleh melihat
            dan memantau disiplin termasuk kehadiran anak-anak ke sekolah.
Azim : Teknologi imbasan wajah dapat mengatasi masalah disiplin seperti ketidakhadiran 
            murid kerana ibu bapa juga dapat memantau kehadiran dan disiplin anak-anak dari
            rumah. Dengan kerjasama dan sokongan ibu bapa, disiplin murid sekolah dapat 
            dikawal agar murid-murid sentiasa cemerlang.



CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 17 : RAKAMAN DARI UDARA | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 127

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TOPIK : RAKAMAN DARI UDARA 

Standard Kandungan : 

1.3 Bercerita ddan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran:

1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita sekurang-kurangnya tiga daripada empat peranan dron berdasarkan gambar dengan sebutan dan intonasi dan gaya yang sesuai.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami maklumat tentang peranan dron.
  2. Murid bercerita empat peranan dron berdasarkan gambar.

Aktiviti
  1. Murid menonton video dron.
  2. Murid meneliti gambar, perkataan dan frasa dalam teks.
  3. Setiap kegunaan dron ditampal pada empat sudut dalam kelas.Murid membuat jelajah galeri membaca dan mencatat maklumat berkaitan.
  4. Murid dibimbing bercerita tentang dron.
  5. Murid bercerita tentang kegunaan dron berdasarkan maklumat yang dibaca dan dicatat.
  6. Murid mencatat kegunaan dron dalam peta pokok dalam buku tulis.


CADANGAN JAWAPAN

Cikgu Hafiz telah mengundang pegawai pertanian ke sekolah. Beliau akan mendemonstrasikan alat teknologi terkini kepada murid-murid. Mereka berpeluang melihat sebuah alat yang canggih. Alat tersebut dikenali dengan nama dron. Dron ini dikawal dengan alat kawalan jauh untuk merakamkan gambar dari udara. 

            Pegawai pertanian tersebut telah membuat demonstrasi menerbangkan dron. Kini, dron digunakan dalam pelbagai bidang. Antaranya, pengeposan barang dan bantuan kesihatan.

            Selain itu, dron juga digunakan dalam bidang pertanian. Dalam bidang tersebut, dron digunakan untuk menyembur racun dan membaja. Dalam bidang keselamatan pula, dron digunakan oleh pihak polis bagi memantau aliran trafik dan mengesan penjenayah.            

              Walaupun kini dron digunakan dengan meluasnya, namun pengendalinya harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : KEJUARAAN WARGA MALAYSIA | TATABAHASA | HALAMAN 114

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 


TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : KEJUARAAN WARGA MALAYSIA 

Standard Kandungan : 

5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:

5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks.

iii. kata ganda berentak

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh ;

i. menyertai sembilan kata ganda berentak yang terdapat dalam teks dengan betul.

ii. membina lima ayat menggunakan kata ganda berentak diberi dengan betul.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid memahami kata ganda berentak.
  2. Murid menyenaraikan sembilan kata ganda berentak dalam teks.
  3. Murid membina lima ayat menggunakan kata ganda berentak yang terdapat dalam teks.

Aktiviti

  1. Murid mengenali tokoh-tokoh pelumba basikal negara. (gambar)
  2. Murid membaca senyap dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 114)
  3. Murid dipilih secara rawak membaca kuat teks.
  4. Murid diberi penjelasan tentang kata ganda berentak.
  5. Murid dalam kumpulan menyenaraikan kata berentak yang terdapat dalam teks dalam peta buih.
  6. Membentangkan tugasan.
  7. Murid membina ayat menggunakan kata ganda berentak yang diperoleh daripada teks dalam buku tulis.
  8. Murid menulis kata ganda berentak lain mengikut jenis. (Lembaran kerja)

CADANGAN JAWAPAN
Kata ganda berentak

- keluh-kesah                 - gunung-ganang
- gopoh-gapah               - saudara-mara
- tindak-tanduk             - berulang-alik
- bukit-bukau                - selok-belok
- warna-warni

Bina Ayat :
1. Amin dan keluarganya pulang ke kampung untuk menziarahi saudara-mara mereka.
2. Tindak-tanduk lelaki itu amat mencurigai sekali.
3. Ahmad terpaksa berulang-alik dari hospital untuk mejaga ibunya yang sakit.
4. Pak Dolah tahu akan selok-belok jalan di kampungnya.
5. Keindahan gunung-ganang sepanjang perjalanan kami begitu terpesona sekali.
6. Bukit-bukau itu telah diterokai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

klik gambar untuk maklumat lanjut



CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : WARGANEGARA SEJAHTERA | SENI BAHASA | HALAMAN 113

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : WARGANEGARA SEJAHTERA

Standard Kandungan

4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.

Standard Pembelajaran:

4.3.3 Mengubah suai seni kata lagu dengan menggunakan diksi yang sesuai dan mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengubah suai dua rangkap lirik lagu secara berpandu dengan diksi yang sesuai dan menyanyikan mengikut kumpulan dengan gaya yang kreatif.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid mengubah suai dua rangkap lirik lagu.
  2. Murid mempersembahkan nyanyian mengikut kumpulan dengan gaya tersendiri.

Aktiviti

  1. Murid menonton video lagu 'Sejahtera Malaysis'.
  2. Murid membaca dan meneliti lirik lagu 'Sejahtera Malaysia'. (Buku Teks ms. 113)
  3. Murid menyanyikan lagu 'Sejahtera Malaysia' beramai-ramai.
  4. Murid dibimbing untuk mengubah suai lirik lagu rangkap tiga dan empat.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang mengubah suai lirik rangkat tiga dan empat.
  6. Murid berbincang tentang gaya yang ingindisampaikan.Kemudian kumpulan masing-masing mempersembahkan lirik lagu yang telah diubah suai dengan gaya yang kreatif.
  7. Murid lain akan menilai persembahan dengan mengangkat ibu jari ke atas (baik) ibu jari ke bawah (lemah).

CADANGAN JAWAPAN

Rangkap 3 (korus) 

Semangat sehati sepasukan

Berjuang dalam rintangan 

Kita hebat kitalah juara 

Mengharum nama negara


Berkibar megah Jalur Gemilang

Laungkan amanat ibu pertiwi 

Kita sama menjulang namamu 

Aman damailah negaraku


klik gambar untuk maklumat lanjut



CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : DUTA KECIL MALAYSIA | MENULIS | HALAMAN 112

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : MARI KITA CERIAKAN

Standard Kandungan : 

3.2 Menulis perkataan , frasa dan ayat yang bermakna.

Standard Pembelajaran:

3.2.4 Menulis teks prosa yang diimlakkan.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengimlak empat daripada lima perenggan dalam teks prosa yang dibaca oleh guru tanpa kesalahan.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dua kali perenggan teks.
  2. Murid mengeja lapan perkataan sukar dalam teks.
  3. Murid mengimlak lima perenggan teks prosa.

Aktiviti
  1. Murid menyatakan negara pilihan mereka jika diberi peluang belajar ke luar negara.
  2. Murid membaca dan meneliti teks rencana siswa. (Buku Teks ms. 112)
  3. Murid membaca kuat mengikut kumpulan masing-masing.
  4. Murid diminta mengeja dan menyebut perkataan sukar dalam petikan. (Contoh; perangkaan, pembiayaan, biasiswa, komuniti, beraspirasi, diperantauan, warganegara, menguar-uarkan)
  5. Murid mengimlak empat teks prosa yang dibaca oleh guru.
  6. Murid secara berpasangan menyemak teks yang diimlak dengan merujuk teks.
  7. Murid membetulkan kesalahan yang dilakukan dengan menyalin semula perenggan yang terdapat kesalahan.


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : WARGA EMASKU TERPELIHARA | MEMBACA | HALAMAN 110 & 111

 




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : MARI KITA CERIAKAN

Standard Kandungan : 

2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera.

Standard Pembelajaran:

2.3.1 Membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat rumusan.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh :
i. membaca kuat teks dengan intonasi yang sesuai.
ii. membuat ssatu rumusan dalam satu perenggan dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca kuat teks.
  2. Murid melengkapkan peta pokok.
  3. Murid menulis satu rumusan tentang kandungan teks.

Aktiviti
  1. Murid menonton video penyampaian pidato https://www.youtube.com/watch?v=GtEMNcZpD_I
  2. Murid membaca senyap petikan pidato dan pantun dalam teks.
  3. Murid membaca kuat teks pidato dengan gaya. Setiap murid membaca dua atau perenggan secara bersambung.
  4. Murid bersoal jawab tentang isi kandungan teks pidato.
  5. Murid mendengar rakaman audio pantun. 
  6. Murid melafazkan pantun secara berasingan.
  7. Murid menyatakan nilai atau pengajaran daripada pantun yang dilafazkan.
  8. Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan maklumat pada peta pokok.
  9. Murid membentangkan tugasan dan membuat rumusan tentang isi kandungan teks.







klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : BAHASA ASAS KEWARGANEGARAAN | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 109

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : MARI KITA CERIAKAN

Standard Kandungan : 

1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

Standard Pembelajaran:

1.2.2 Bertutur dan memghuraikan maklumat tersurat dan tersirat yang dikenal pasti dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid bertutur dan menghuraikan sekurang-kurangnya dua maksud tersirat berkaitan bahan dengan idea yang kritis dan kreatif.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami enam peranan bahasa kebangsaan.
  2. Murid bertutur dan menghuraikan dua maksud tersirat daripada bahan.

Aktiviti
  1. Murid mencatat bahasa-bahasa yang terdapat di Malaysia pada peta bulatan di papan tulis.
  2. Murid membaca pernyataan tentang peranan bahasa kebangsaan dalam teks. (Buku Teks ms. 109).
  3. Murid membaca kuat enam peranan bahasa kebangsaan.
  4. Murid bersoal jawab tentang peranan bahasa kebangsaan.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang untuk melengkapkan dialog dalam teks.
  6. Murid dalam kumpulan emapat orang mebuat simulasi lakonan untuk menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan pertanyaan diberi.
  7. Murid menulis dialog yang dilakonkan dalam buku tulis menggunakan format pemulisan dialog.


CADANGAN JAWAPAN

Afifi     : Kedudukan bahasa Melayu di negara kita dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan
              dan digunakan dalam semua urusan rasmi negara.

Kai Jun : Bahasa Kebangsaan digunakan dalam sistem Pendidikan kerana bahasa Melayu
               telah terbukti sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi yang berkesan
               oleh semua kaum di Malaysia.

Tinesh  : Pada pendapat saya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat menunjukkan 
               identiti bangsa Malaysia. Sesiapa yang bertutur akan menunjukkan jati diri yang
               baik sebagai rakyat yang cinta akan tanah air.

klikm gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : MARI KITA CERIAKAN | TATABAHASA | HALAMAN 108

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : MARI KITA CERIAKAN

Standard Kandungan : 

5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:

5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks.
i. kata ganda separa

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh ;
i. menulis lapan kata ganda separa mengikut dalam peta dengan betul.
ii. membina lapan ayat menggunakan kata ganda separa diberi dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami kata ganda separa.
  2. Murid menulis lapan kata ganda separa ikut kategori.
  3. Murid membina lapan ayat menggunakan kata ganda separa.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang aktiviti menyambut bulan kemerdekaan di sekolah mereka.
  2. Murid membaca dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 108)
  3. Murid diperjelas tentang kata ganda separa berdasarkan teks penerangan 1 dan 2.
  4. Murid dibimbing mengenal pasti kata ganda separa dalam teks penerangan 3 dan 4.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang menulis lapan kata ganda separa yang tiada dalam teks mengikut kategori dalam peta pokok.
  6. Murid membentang tugas.
  7. Murid membina ayat menggunakan kata ganda penuh yang diperoleh daripada teks dalam buku tulis.

CADANGAN JAWAPAN

Kata Ganda Separa Tunggal

pepondok , bebenang, dedawai, lelangit, gegantung

Kata Ganda Separa Awalan

bantu-membantu, kunjung-mengunjung, setinggi-tinggi

Kata Ganda Separa Akhiran

barang-barangan , kenang-kenangan

Kata Ganda Separa Imbuhan Apitan

kemerah-merahan, kekuning-kuningan, kebiru-biruan

Bina Ayat

1. Dedawai pagar yang memagari sekolah dicat dengan warna putih dan merah.

2. Pada hari raya, saudara-mara mengadakan aktiviti kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.

3. Kakak mengambil gambar di lapangan terbang untuk dijadikan kenang-kenangan sebelum berlepas ke London.

4. Bangunan pejabat itu diwarnakan kebiru-biruan mengikut warna pada Jalur Gemilang.

5. Bebenang skru pada basikal itu telah haus.

6. Kita haruslah bantu membantu antara satu sama lain

klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : UNIKNYA MUZIUM MINI | TATABAHASA | HALAMAN 107

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : WIRA CILIK

Standard Kandungan : 

5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:

5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks.
i. kata ganda penuh

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh ;
i. melengkapkan empat kata ganda penuh dalam teks dengan betul.
ii. membina lapan ayat menggunakan kata ganda penuh dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami kata ganda penuh.
  2. Murid melengkapkan empat kata ganda penuh dalam teks.
  3. Murid membina lapan ayat menggunakan kata ganda penuh.
Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang pengalaman melawat muzium. (di mana/barangan dilihat/perasaan)
  2. Murid diperjelas tentang kata ganda penuh.
  3. Murid meneliti dan membaca teks dialog. (Buku Teks ms. 107)
  4. Murid dibimbing mengenal pasti kata ganda penuh dalam teks dialog.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan tempat kosong dalam dialog dengan kata ganda penuh.
  6. Murid secara berpaswangan membaca teks dialog yang telah dilengkapkan dengan kata ganda penuh.
  7. Murid membina ayat menggunakan kata ganda penuh yang diperoleh daripada teks dalam buku tulis.


CONTOH JAWPAN

- tokoh-tokoh
- cantic-cantik
- gambar-gambar
- lagu-lagu

klik gambar ntuk maklumat lanjut



CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : WIRA CILIK | SENI BAHASA | HALAMAN 106

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : WIRA CILIK

Standard Kandungan : 

4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahannya secara kreatif.

Standard Pembelajaran:

4.3.2 Mengubah suai cerita dengan bahasa yang indah dan santun secara separa berpandu dan mempersembahkannya secara kreatif.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengubah suai dua perenggan cerita dengan baik.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid mengubah suai dua perenggan.
  2. Murid mempersembahkan satu perenggan cerita yang telah diubah suai.

Aktiviti

  1. Murid bersoal jawab tentang buku fiksyen yang pernah dibaca. (kisah apa)
  2. Murid membaca dan meneliti teks cerita. (Buku Teks ms 106).
  3. Murid membaca kuat teks. Seorang murid membaca satu perenggan.
  4. Murid dibimbing untuk mengubah suai cerita dalam perenggan satu dan dua teks secara separa berpandu.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang mengubah suai cerita pada perenggan tiga dan empat teks.
  6. Ahli kumpulan mempersembahkan cerita yang telah diubah suai. Setiap murid bercerita satu perenggan sahaja sama ada perenggan tiga atau empat. Kumpulan lain memberikan bintang atas cerita yang disampaikan.Kumpulan yang banyak mengumpul bintang dikira pemenang.
  7. Bersoal jawab tentang nilai yang terdapat dalam cerita tersebut.

CADANGAN JAWAPAN

Awang seorang budak yang cerdik dan kreatif. Walaupun baru berusia 11 tahun, dia suka meneroka
bidang sains penyiasatan. Sikapnya itu menarik minat seorang Profesor Azlan. Beliau telah menguji
bahan kajiannya terhadap Awang. Hasilnya sungguh menakjubkan. Awang kini mempunyai kuasa luar
biasa. Dia boleh mengintip maklumat rahsia dengan kuasa pendengaran dan kecekapan minda
dalam teknologi maklumat.


            Pada suatu hari, Profesor Azlan meminta Awang menyelesaikan misi khas bagi negaranya.
Awang akur demi menjaga keselamatan negara daripada pengkhianat ekonomi negara. Walaupun
dia tidak mengangkat senjata seperti prajurit di perbatasan, dia ingin menggunakan kelebihan diri
membanteras musuh negara. Misi Awang membantu pihak berkuasa menghalang kes penyeludupan.
Jika tidak dibenteras, ekonomi negara akan lumpuh.


            Awang dan Profesor Azlan menuju ke pelabuhan. Di sana, mereka menyamar sebagai nelayan.
Dengan kuasa yang ada, Awang dapat mencuri maklumat penting dengan cara mengintip
dengar perbualan telefon dan mesyuarat rahsia penyeludup. Dengan peralatan komputer yang
canggih, Awang dapat mengakses transaksi rahsia penyeludupan Internet.


            Dengan sistem telekomunikasi yang baik, Awang menyalurkan maklumat kepada pihak
berkuasa. Walaupun dia sedar bahaya yang dihadapinya, dia sanggup berkorban demi negara.
Kes penyeludupan itu akhirnya berjaya dibanteras. Profesor Azlan dan Awang menghlangkan
diri dan meneruskan misi mereka yang lain.

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : KEMPEN MELAWAT MALAYSIA | MENULIS | HALAMAN 105

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : KEMPEN MELAWAT MALAYSIA

Standard Kandungan
3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.

Standard Pembelajaran:
3.2.3 Mencatat maklumat berdasarkan bahan yang dibaca, dilihat dan didengar.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mencatat sekurang-kurangnya lima daripada enam maklumat penting tentang bahan dalam peta pokok dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan memahami kandungan teks.
  2. Murid mencatat lima maklumat tentang bahan dalam peta pokok.

Aktiviti
  1. Murid menulis tempat pelancongan yang pernah dilawati pada peta bulatan di papan putih.
  2. Murid membaca senyap dan memahami maklumat teks. (Buku Teks ms 105)
  3. Murid membaca kuat kandungan teks Tahun Melawat Malaysia.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang tentang maklumat utama dalam teks dengan bimbingan guru. (Vontoh : Fokus Tahun Melawat Malaysia, sasaran, faktor menarik pelancong luar negara, peruntukan yang disediakan dan faktor yang menarik melancong dalam negara)
  5. Murid dalam kumpulan berbincang mencatat maklumat berdasarkan maklumat utama dengan menggunakan peta pokok.
  6. Murid mempamerkan tugasan. Murid boleh membuat jelajah galeri melihat hasil tugasan kumpulan lain.


CADANGAN JAWAPAN

Mencatat maklumat yang terdapat dalam 
bahan dengan menggunakan peta grafik. 

  1. Promosi hebat Tourism Malaysia
  2. Belanja murah
  3. Pelbagai budaya dan kaum
  4. Pelan eko pelancongan
  5. Negara aman / selamat
  6. Sistem pengangkutan baik
  7. Budaya yang unik dan warna warni
  8. Lokasi menarik / cuaca baik



klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : PERTANDINGAN VIDEO PATRIOTIK | MEMBACA | HALAMAN 104

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : PERTANDINGAN VIDEO PATRIOTIK

Standard Kandungan : 
2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan mulmedia.

Standard Pembelajaran:
2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca kuat petikan dengan intonasi yang sesuai dan membuat satu keputusan pilihan mereka tentang bahan.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan memahami teks poster.
  2. Murid membuat pertimbangan dan memilih satu tajuk video.
  3. Menyatakan alasan atas keputusan dibuat.
Aktiviti
  1. Murid menonton video pendek.
  2. Murid membaca dan meneliti poster. (Buku Teks ms. 104)
  3. Murid dibimbing membaca tajuk poster dan syarat-syarat pertandingan serta tajuk video pendek yang boleh disertai.
  4. Murid dalam kumpulan (tiga orang) berbincang untuk membuat pertimbangan memilih tajuk video dan alasan mereka memilih tajuk video yang dipilih.
  5. Murid menyatakan pilihan mereka dan alasan memilih tajuk video melalui lakonan.



klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : LAWATAN PATRIOTIK | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 103

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : LAWATAN PATRIOTIK

Standard Kandungan : 
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

Standard Pembelajaran:
1.2.1 Bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid dapat membuat pertimbangan dan membuat satu keputusan tempat yang ingin dilawati dengan baik dan bertatasusila.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami keistimewaan lokasi.
  2. Murid membuat pertimbangan dan satu keputusan memilih lokasi yang ingin dilawati.

Aktiviti
  1. Murid menulis teempat bersejarah di Malaysia yang mereka tahu pada peta buih di papan tulis..
  2. Murid membaca dan meneliti tiga lokasi bersejarah dalam teks. (Buku Teks ms. 103)
  3. Murid dibimbing membuat pilihan dan keputusan lokasi sejarah yang ingin dilawati. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan memilih Tuge Negara, Memorial Kemerdekaan dan Istana Negara.
  4. Murid bertutur untuk menyatakan alasan memilih lokasi lawatan yang dipilih.
  5. Murid dalam kumpulan lokasi berbincang melengkapkan dialog dalam teks.
  6. Murid melakonkan dialog dengan membuatkan pertimbangan dan keputusan berdasarkan lokasi yang dipilih.
  7. Murid menulis perbualan dalam buku tulis mengikut format penulisan dialog.




LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA