DROPDOWN MENU

SLIDER



Thursday, February 29, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : KUASA MAGNET | TATABAHASA | HALAMAN 126

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TOPIK : KUASA MAGNET

Standard Kandungan : 

5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:

5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh membina sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat yang betul.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid memahami ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.
  2. Murid membina dua ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat (buku tulis)
Aktiviti

  1. Murid menyatakan fungsi magnet dalam sains.
  2. Murid membaca dan meneliti ayat majmuk dalam teks. (Buku Teks ms126)
  3. Murid diberi penjelasan tentang ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.
  4. Murid dibimbing membina ayat majmuk peluasan subjek dan predikat.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang membia ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan ayat-ayat yang diberi.
  6. Murid membentangkan tugasan./
  7. Murid membina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat. (lembaran kerja)

CADANGAN JAWAPAN

1. a. Puan Faezah mencari sebatang jarum yang tercicir di atas permaidani.
    b. Farisha mencari sebatang jarum yang tercicir di atas permaidani. ( dan ) 

Ayat majmuk perluasan subjek :
Puan Faezah dan Farisha mencari sebatang jarum yang tercicir di atas permaidani.
2. a. Puan Faezah masih gagal menjumpai jarum itu.
    b. Puan Faezah mencari jarum itu dengan kanta pembesar. ( walaupun ) 

Ayat majmuk perluasan predikat :
Puan Faezah masih gagal menjumpai jarum itu walaupun beliau mencarinya dengan kanta
pembesar.
3. a. Farisha teringat akan manfaat kuasa magnet.
    b. Farisha baru belajar tentang magnet. ( yang ) 

Ayat majmuk perluasan subjek :
Farisha yang baru belajar tentang nagnet teringat akan manfaat kuasa magnet.
4. a. Farisha menjelaskan sesuatu.
    b. Jarum itu boleh dijumpai dengan menggunakan magnet yang dilekatkan pada kereta kawalan jauh. ( bahawa )

Ayat majmuk perluasan predikat :
Farisha menjelaskan bahawa jarum itu boleh dijumpai dengan menggunakan magnet yang
dilekatkan pada kereta kawalan jauh.


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA