DROPDOWN MENU

SLIDER



Thursday, October 19, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 12 : PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM | HALAMAN 88 & 89

 




KEMAHIRAN BAHASA

2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN
2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera

STANDARD PEMBELAJARAN
2.3.2 Membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera, dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Membaca teks.
Mempersembahkan cerita dalam pelbagai bentuk.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mempersembahkan cerita dalam pelbagai bentuk dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, ekspresi yang sesuai.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami rencana mengenai perpaduan melalui Kokurikulum.
3. Murid dibimbing membaca dan menghargai ilmu dan nilai yang terkandung dalam bahan. (KBAT)
4. Murid menyenaraikan nilai yang terkandung dalam bahan.
5. Murid dibimbing mempersembahkan bahan dalam pelbagai bentuk. (PBD)
6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
7. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan ilmu dan nilai daripada teks bacaan dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, ekspresi yang sesuai. 
(PAK 21) 
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN

ILMU
  • Ahli jawatankuasa kelab, persatuan dan unit beruniform dilantik melalui pemilihan.
  • Terdapat makanan yang tidak boleh dimakan oleh seseorang mengikut ajaran agama yang dianutinya.
  • Usaha untuk menyatukan pelbagai etnik, budaya dan agama bukan usaha yang mudah.
  • Terdapat 32 suku kaum yang berbeza budaya di Sabah.
  • Antara kegiatan yang boleh dijalankan semasa perkhemahan termasuklah merentas hutan, turun cenuram, luncur keluang dan kembara berpandu arah.
NILAI
  • Nilai kerjasama boleh dipupuk dalam kegiatan kokurikulum.
  • Nilai prihatin terhadap perbezaan cara hidup setiap kaum perlu ada dalam diri masyarakat Malaysia.
  • Nilai perpaduan boleh diwujudkan melalui kegiatan kokurikulum yang melibatkan pelbagai kaum.
  • Nilai tolenrasi perlu ditunjukkan dalam masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya.
  • Nilai keyakinan boleh dibentuk melalui kegiatan yang dijalankan semasa perkhemahan.

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA