DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 12 : SILANG BUDAYA | SENI BAHASA | HALAMAN 91

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : PERPADUAN
TOPIK : SILANG BUDAYA

Standard Kandungan : 
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.

Standard Pembelajaran:
4.2.2 Mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai dan menyatakan maksud sajak.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mendeklamasikan dua rangkap sajak dan menjelaskan maksud tiga rangkap sajak dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami cara mendeklamasikan sajak.
  2. Murid mendeklamasikan dua rangkap sajak dengan pasangan.
  3. Murid menyatakan maksud dua rangkap sajak dengan baik.

Aktiviti
  1. Murid membaca rangkap sajak. (Buku Teks ms. 91)
  2. Murid mendengar audio deklamasi sajak yang dibaca.
  3. Murid dibimbing mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai.
  4. Murid secara berpasangan mendeklamasikan sajak di hadapan kelas dengan nada dan gaya yang sesuai.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang menyatakan maksud rangkap sajak.
  6. Murid membentangkan tugasan.
  7. Murid menyatakan maksud keseluruhan sajak dalam buku tulis.






klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 12 :WIRA DAN WIRAWATI NEGARA | MENULIS | HALAMAN 90

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : PERPADUAN
TOPIK : WIRA DAN WIRAWATI NEGARA

Standard Kandungan : 
3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.

Standard Pembelajaran:
3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada sesuatu bahan multimedia.                                                                                                                                                                   
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh menulis dua ayat untuk menyatakan pendapat tentang sumbangan tokoh dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan memahami.
  2. Murid menulis dua ayat untk menyatakan pendapat tentang sumbangan tokoh.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang anugerah yang pernah dimiliki semasa di sekolah.
  2. Murid membaca dan meneliti teks berkaitan wira dan wirawati negara. (Buku Teks ms. 90)
  3. Empat murid berlakon sebagi tokoh yang terdapat dalam teks. Tokoh pertama dipanggil ke hadapan kelas. Seorang murid akan membaca kuat teks tentang jasa tokoh tersebut. Bagi tokoh pertama ini murid dibimbing untuk menulis ayat untuk menyatakan pendapat terhadap sumbangan tokoh.
  4. Murid mewakili tokoh kedua dipanggil dan dibacakan sumbangannya. Murid dalam kumpulan berbincang memina ayat bagi menyatakan pendapat.
  5. Murid membentangkan tugasan mereka. Guru membuat pemurnian.
  6. Murid mewakili dua tokoh seterusnya ke hadapan. Kemudian murid menulis ayat untuk menyatakan pendapat tentang sumbangan tokoh tersebut dalam bukuu tulis.



klik gambar untuk maklumat lanjut.


Thursday, February 29, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 12 : RAIKAN BUDAYA KITA | MEMBACA | HALAMAN 88 & 89

 




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : PERPADUAN
TOPIK : RAIKAN BUDAYA KITA 

Standard Kandungan : 
2.1 Asas membaca dan memahami.

Standard Pembelajaran:
2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca dengan baik dan memberikan respons terhadap idea tersurat dan tersirat dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan memahami teks.
  2. Murid menyatakan maklumat tersurat dan tersirat.
  3. Murid memberi dua respons terhadap bahan.
Aktiviti
  1. Murid menyatakan pengalaman pergi ke karnival. (nama karnival/ apa yang dilihat/ suasana)
  2. Murid meneliti poster Karnival Kesenian dan Kebudayaan 2021. (Buku Teks ms 88)
  3. Murid dibimbing membaca dan memahami maklumat tersurat yang terdapat dalam poster.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mencatat maklumat tersurat dan mencari maklumat tersirat yang terdapat poster dalam kertas putih.
  5. Murid membentangkan tugasan.
  6. Murid memberikan respons melalui lakonan menggunakan maklumat tersurat dan tersirat dan gambar yang diberi.
  7. Murid menulis dialog dalam format penulisan untuk memberikan respons.


klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 12 : INFO PERPADUAN | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 87

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : PERPADUAN
TOPIK :INFO PERPADUAN

Standard Kandungan : 
1.1 Mendengar dan memberikan respon semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal.

Standard Pembelajaran:
1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkan dalam situasi ujaran yang terdapat dalam situasi formal.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid dapat memberikan satu respons terhadap maklumat dengan baik secara bertatsusila.

Kriteria Kejayaan:
Murid memahami maklumat diberi.
Murid memberi respons terhadap pertanyaan untuk menyampaikan maklumat.

Aktiviti
  1. Murid menyatakan sukan yang mereka minati.
  2. Murid membaca dan memahami dialog. (Buku Teks ms. 87)
  3. Murid dibimbing mendengar dan memahami maklumat yang disampaikan.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan dialog untuk memberi respons terhadap maklumat dalam situasi formal.
  5. Murid melakonkan dialog dengan memberikan respon terhadap maklumat.
  6. Permainan antara kumpulan. Murid kumpulan A mendengar maklumat yang diberi oleh guru. Murid kumpulan A pergi kepada Kumpulan B untuk menerangkan maklumat yang diperoleh. Kemudian Murid kumpulan B pergi pula ke kumpulan C menerangkan maklumat.
  7. Guru memastikan sama ada maklumat yang diberi masih menepati. 


klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 11 : KELAB RUKUN NEGARA | TATABAHASA | HALAMAN 86

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : PERPADUAN
TOPIK : KELAB RUKUN NEGARA

Standard Kandungan : 
5.2 Memahami dan mmenggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:
5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks.
         iii. kata berimbuhan apitan

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh 
i.  mengecam kata berimbuhan sisipan dalam dialog dengan betul.
ii. menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan sisipan dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid mengecam dan mencatat imbuhan sisipan dalam peta buih.
  2. Murid menulis ayat lengkap menggunakan kata berimbuhan sisipan.

Aktiviti
  1. Murid menyatakan cara mencantikkan kawasan sekolah. Murid catat pada peta bulatan di papan tulis.
  2. Murid diberi penjelasan tentang kata berimbuhan sisipan.
  3. Murid membaca dan memahami dialog. (Buku Teks ms86)
  4. Murid melakonkan dialog mengikut kumpulan.
  5. Murid dalam kumpulan lain berbincang mengecam imbuhan sisipan yang terdapat dalam dialog dan mencatatnya pada peta buih.
  6. Murid mempamerkan tugasan.
  7. Murid menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan sisipan diberi.
CADANGAN JAWAPAN

Kata Berimbuhan Sisipan
Situasi 1 
  1. Gemilang 
  2. telapak 
  3. celoreng
  4. berselerak 
  5. gementar 
  6. serabut
Situasi 2
  1. cemerlang
  2. kelopak
  3. semerbak
  4. kerlip
  5. sinambungan
 

klik gambar untuk maklumat lanjut



CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 11 : MERIAHNYA PERAYAAN | SENI BAHASA | HALAMAN 85

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : PERPADUAN
TOPIK : MERIAHNYA PERAYAAN

Standard Kandungan : 
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.

Standard Pembelajaran:
4.2.1 Melafazkan dan melagukan syair dengan irama yang sesuuai serta menyatakan idea keseluruhan syair.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh melagukan dua rangkap syair dan menyatakan maksud keseluruhan syair dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid melafazkan syair.
  2. Murid melagukan dua rangkap syair.
  3. Murid menyatakan maksud keseluruhan syair.




Aktiviti
  1. Murid menyatakan jenis puisi yang dibaca oleh guru.
  2. Murid meneliti dan membaca rangkap syair. (Buku Teks ms 85)
  3. Murid mendengar rakaman audio melagukan syair. 
  4. Murid dibimbing melagukan mengikut audio yang diperdengarkan.
  5. Murid melafazkan dan melagukan syair secara berpasangan mengikut kreativiti mereka. Rakan-rakan lain akan memberikan satu hingga lima bintang atas persembahan yang diberikan.
  6. Murid bersama pasangan menyatakan rumusan keseluruhan syair melalui dialog seperti dalam bahan.
  7. Pelagu syair terbaik diberi peluang melagukan syair seklai lagi di hadapan kelas.


klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 11 : MENGAIT BERSAMA-SAMA | MENULIS | HALAMAN 84

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 


TEMA : PERPADUAN
TOPIK : SIAP SIAGA SEBELUM TIDUR

Standard Kandungan : 
3.1 Asas menulis

Standard Pembelajaran:
3.1.1 Menuulis ayat dalam perenggan secra mekanis dalam bentuk tulisan berangkai.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh menulis ayat daripada dua perenggan menggunakan tulisan berangkai secara mekanis dengan betul dan kemas.

Kriteria Kejayaan:
1. Murid meniru semula tulisan berangkain.
2. Murid menulis dua ayat dalam dua perenggan dalam bentuk tulisan berangkai.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang program yang pernah diadakan dalam kawasan tempat tinggal mereka.
  2. Murid membaca dan meneliti Program Kejiranan Wanita. (Buku Teks ms.84)
  3. Murid dalam kumpulan menulis semula tulisan berangkai yang terdapat dalam teks sama ada menulis terus atau menekapnya dan meniru tulisan menggunakan kertas surih.
  4. Murid menulis ayat dalam perenggan (dialog Puan Sarmila) dalam bentuk tulisan berangkai.
  5. Murid mempamerkan hasil tugasan. Murid membuat jelajah galeri melihat hasil tugasan rakan mereka.
  6. Murid menulis pula ayat dalam perenggan (dialog Puan Lim) dalam bentuk tulisan berangkai dalam buku tulis.

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 11 : BUBUR LAMBUK PERPADUAN | MEMBACA | HALAMAN 82 & 83

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : PERPADUAN

TOPIK : BUBUR LAMBUK PERPADUAN

Standard Kandungan : 

2.3 Membaca dan mengapresiasi pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera.

Standard Pembelajaran:

2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca sekurang-kurangnya empat perenggan teks cerpen dan dua catatan dengan sebutan betul dan gaya penyampaian yang sesuai.

Kriteria Kejayaan:

1. Murid memahami teknik membaca cerpen dan catatan.
2. Murid membaca empat perenggan cerpen dan dua perenggan catatan dengan penyampaian yang menarik.

Aktiviti


1. Murid bersoal jawab tentang bubur lambuk. (dapat di mana/ bahan dalam bubur lambuk)
2. Murid membaca senyap teks cerpen dan catatan ( Buku Teks ms 82 & 83)
3. Murid dibimbing membaca teks cerpen dan catatan dengan gaya penyampaian yang sesuai.
4. Murid membaca cerpen dan catatan dengan gaya penyampaian yang sesuai.
5. Murid lain akan menilai bacaan rakan mereka dengan memberi skor pada borang penilaian.
6. Murid yang membaca cerpen dan catatan dengan penyampaian terbaik diminta mempersembahkannya semula.

CADANGAN JAWAPAN 

1. Bubur lambuk ini dinamakan “Bubur Lambuk Perpaduan” kerana baik dari penyediaan bahan masakan sehinggalah pengagihan bubur itu semuanya dibuat secara bergotong-royong, tidak mengira agama, bangsa dan kaum.

2. Bubur lambuk ini dimasak di Balai Raya Kampung Seri Cempaka.

3. Pak Osman mendapat sumbangan ikhlas dalam bentuk barangan atau wang daripada penduduk kampung.

4. a) beras

   b) santan

   c) sayur

  d) lauk/ayam/daging/ikan bilis

5. Pada pendapat saya, program ini patut diteruskan setiap tahun. Program yang diadakan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim dengan masyarakat setempat.Program ini juga bukan sahaja eratkan perpaduan , tetapi semangat setiakawan juga terjalin.

klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 11 : KALAH MENANG ADAT BERTANDING | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 81

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : PERPADUAN

TOPIK : KUASA MAGNET

Standard Kandungan : 

1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal.

Standard Pembelajaran:

1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut semula ujaran yang dalam situasi formal.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid dapat mengujarkan semula sekurang-kurangnya empat daripada lima amanat yang diterima dengan betul.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid memahami pesanan denganmengujarkan semula.
  2. Murid mengunjarkan semula lima amanat diberi kepada rakan.

Aktiviti

  1. Murid menyatakan orang yang tersayang dalam peta bulatan di papan tulis dan kaitkan dengan masyarakat.
  2. Murid membaca dan memahami dialog situasi 1 dalam bahan. (Buku Teks ms 81)
  3. Murid diminta mendengar pesanan dalam dialog (situasi 1) yang dibaca oleh guru dan mengunjarkan semula tanpa merujuk teks.
  4. Murid mengikut kumpulan akan melakonkan situasi 1. Contoh kumpulan A di wakili dua orang ahlinya akan berlakon menerima pesanan guru. Kemudian murid yang menerima pesanan akan pergi ke kumpulan B untuk menyampaikan pesanan yang diterima. Aktiviti ini diteruskan oleh kumpulan lain pula.
  5. Murid menulis lima amanat yang diterima dalam peta pemikiran secara kreatif.
  6. Murid mepamerkan tugasa.

CADANGAN JAWAPAN

klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : KUASA MAGNET | TATABAHASA | HALAMAN 126

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TOPIK : KUASA MAGNET

Standard Kandungan : 

5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:

5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh membina sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat yang betul.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid memahami ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.
  2. Murid membina dua ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat (buku tulis)
Aktiviti

  1. Murid menyatakan fungsi magnet dalam sains.
  2. Murid membaca dan meneliti ayat majmuk dalam teks. (Buku Teks ms126)
  3. Murid diberi penjelasan tentang ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.
  4. Murid dibimbing membina ayat majmuk peluasan subjek dan predikat.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang membia ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan ayat-ayat yang diberi.
  6. Murid membentangkan tugasan./
  7. Murid membina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat. (lembaran kerja)

CADANGAN JAWAPAN

1. a. Puan Faezah mencari sebatang jarum yang tercicir di atas permaidani.
    b. Farisha mencari sebatang jarum yang tercicir di atas permaidani. ( dan ) 

Ayat majmuk perluasan subjek :
Puan Faezah dan Farisha mencari sebatang jarum yang tercicir di atas permaidani.
2. a. Puan Faezah masih gagal menjumpai jarum itu.
    b. Puan Faezah mencari jarum itu dengan kanta pembesar. ( walaupun ) 

Ayat majmuk perluasan predikat :
Puan Faezah masih gagal menjumpai jarum itu walaupun beliau mencarinya dengan kanta
pembesar.
3. a. Farisha teringat akan manfaat kuasa magnet.
    b. Farisha baru belajar tentang magnet. ( yang ) 

Ayat majmuk perluasan subjek :
Farisha yang baru belajar tentang nagnet teringat akan manfaat kuasa magnet.
4. a. Farisha menjelaskan sesuatu.
    b. Jarum itu boleh dijumpai dengan menggunakan magnet yang dilekatkan pada kereta kawalan jauh. ( bahawa )

Ayat majmuk perluasan predikat :
Farisha menjelaskan bahawa jarum itu boleh dijumpai dengan menggunakan magnet yang
dilekatkan pada kereta kawalan jauh.


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : SAINS DAN MAKANAN | TATABAHASA | HALAMAN 125

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TOPIK : SAINS DAN MAKANAN

Standard Kandungan : 
5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:
5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membina sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat yang betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat.
  2. Murid membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat (buku tulis).
  3. Murid membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat (lembaran kerja)

Aktiviti
  1. Murid menyatakan makanan dan minuman kegemaran keluarga mereka.
  2. Murid membaca teks. (Buku Teks ms.125)
  3. Murid diberi penjelasan tentang ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat.
  4. Murid dibimbing mengenal pasti ayat tunggal dalam teks dan membina peluasan subjek dan predikat
  5. Murid dalam kumpulan berbincang membina satu ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan ayat tunggal yang terdapat dalam teks.
  6. Murid membentangkan tugasan.
  7. Murid membina dua lagi ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat dalam buku tulis.
  8. Murid membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat (Lembaran kerja)

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : USAHA AHLI SAINS | SENI BAHASA | HALAMAN 124

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TOPIK : USAHA AHLI SAINS

Standard Kandungan : 

4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni tulisan jawi.

Standard Pembelajaran:

4.4.1 Mengenal, mengecam dan menyebut huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan jawi dalam perumpamaan dan mempersembahkannya.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh menyebut dan menulis dua puluh satu huruf tunggal jawi melalui perumpamaan dengan betul dan mempersembahkannya.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid mengenal dan menyebut 13 huruf 13 huruf tunggal jawi (8 huruf sama)
  2. Murid menulis 21 huruf tunggal jawi.

Aktiviti

  1. Murid mengenal pasti perumpamaan yang ada kaitan dengan sikap rajin berusaha.
  2. Murid diperjelaskan tentang maksud perumpamaan 'bagai lebah mengumpul madu'.
  3. Murid mengenal huruf dan menyebut huruf tunggal jawi dalam perumpamaan 'bagai lebah mengumpulkan madu' yang disebut guru. (Buku Teks ms.124)
  4. Murid menyebut huruf tunggal jawi dalam kumpulan. Seorang ahli akan menyebut dan rakan-rakannya mengikut sebutan secara bergilir.
  5. Murid menulis huruf tunggal jawi yang disebut guru di papan tulis.
  6. Murid menulis huruf tunggal jawi dan mempersembahkannya.Rakan-rakan membuat jelajah galeri untuk melihat hasilan rakan-rakan mereka.
 
klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : MELUNCUR TINGGI | MEMBACA | HALAMAN 122 & 123

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TOPIK : SIAP SIAGA SEBELUM TIDUR

Standard Kandungan : 
3.3 Menghasilkan penulisan.

Standard Pembelajaran:
3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mendraf perenggan laporan dan menghasilkan karangan laporan yang lengkap.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami format penulisan laporan.
  2. Murid mendraf idea laporan.
  3. Murid menghasilkan penulisan laporan.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang uji kaji atau reka cipta saya yang pernah  dibuat.
  2. Murid diperjelaskan format penulisan laporan. Murid diberi satu contoh penulisan laporan.
  3. Murid membaca dan meneliti teks bertajuk 'Pertandingan Roket Air'. (Buku Teks ms 122)
  4. Murid dibimbing mendraf isi satu laporan berdasarkan rangkai kata diberi.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang mendraf isi kedua laporan.
  6. Murid membentangkan tugasan. Guru membuat pemurnian.
  7. Murid mendraf isi tiga dan penutup dan menghasilkan karangan laporan yang lengkap.


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : GERHANA MATAHARI CINCIN | MEMBACA | HALAMAN 121

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TOPIK : GERHANA MATAHARI CINCIN

Standard Kandungan : 
2.3 Membaca dan mengapresiasi pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera.

Standard Pembelajaran:
2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mempersembahkan nsyarahan dan melafazkan tiga rangkap pantun dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan mempersembahkan syarahan.
  2. Murid melafazkan tiga rangkap pantun dalam syarahan dengan baik.

Aktiviti
  1. Murid menonton penyampaian syarahan.
  2. Murid membaca senyap teks syarahan. (Buku Teks ms. 121)
  3. Murid dibimbing membaca teks dengan gaya penyampaian syarahan yang sesuai.
  4. Murid dengan pasangan berlatih membaca untuk menyampaikan syarahan. Pasangannya akan menyemak.
  5. Murid mempersembahkan syarahan di hadapan kelas.
  6. Murid menilai persembahan rakan mereka dengan mengisi borang penilaian.
  7. Murid terbaik menyampaikan syarahan itu sekali lagi.
MAKLUMAT TAMBAHAN
  1. Gerhana Matahari Cincin berlaku apabila kedudukan bulan di antara bumi dengan matahari berada pada posisi jauh dari bumi.
  2. Kita boleh saksikan fenomena ini di Malaysia, iaitu di di Tanjung Piai, Johor dan di Serian serta Samarahan, Sarawak.
  3. Gerhana Matahari Cincin telah menyebabkan fenomena air pasang besar di pantai barat dan perubahan keadaan terang pada siang hari kepada keadaan gelap seperti senja.
  4. Kita memerlukan cermin mata khas untuk melihat gerhana ini kerana sinaran terus matahari sangat terang dan berbahaya.

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : HAIWAN SEKELILING KITA | KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 120

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TOPIK : HAIWAN SEKELILING KITA

Standard Kandungan : 
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bbagi pelbagai tujuan.

Standard Pembelajaran:
1.2.3 Bersoal jawab untuk menjana idea tentang sesuatu perkara.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh bersoal jawab sekurang-kurangnya satu soalan dan memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami tingkah laku haiwan.
  2. Murid menjawab soalan berkaitan haiwan yang diwakili.
  3. Murid bersoal jawab dalam dialog untuk menjana idea.

Aktiviti
  1. Murid menyatakan haiwan yang menarik hati mereka ketika melawat zoo.Mengapa suka?
  2. Murid membaca dan meneliti haiwan dalam bahan. (Buku Teks ms.120)
  3. Murid dibahagikan kepada empat stesen. Stesen A, kura-kura, Stesen B, tenggiling, Stesen C, landak dan Stesen D, sumpah-sumpah. Secara bergilir, kumpulan akan pergi ke setiap stesen.Murid boleh menyoal murid yang mewakili haiwan dalam stesen.
  4. Murid secara berpasangan berbincang melengkapkan perbualan dalam bahan.
  5. Murid bersama pasangan melakonkan perbualan berkaitan haiwan berdasarkan maklumat yang diperoleh.
  6. Murid memindahkan dialog dalam buku teks ke dalam buku tulis mengikut format penulisan perbualan.


klik gambar untuk maklumat lanjut


LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA