DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, April 8, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 3 : YANG JAUH DI MATA | KEMAHIRAN MEMBACA | HALAMAN 14-15 #akademiyoutuber

 



2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN
2.1 Asas membaca dan memahami

STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.1 Membaca, memahami, dan mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat:Membaca dan memahami teks. 

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami teks drama dan e-mel dengan telitinya. (KBAT)
3. Murid memberikan tafsiran berdasarkan isu yang diberikan. 
4. Murid melengkapkan bahan grafik tentang isu yang berkaitan dengan bahan bacaan. (PBD)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Cadangan Jawapan



 



CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 | UNIT 2 : USAHA KITA BERSAMA | ASPEK TATABAHASA | HALAMAN 12 #akademiyoutuber

 



Standard Kandungan
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.

Stabdard Pembelajaran
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal (iii) kata ganti nama

Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid boleh
1. melengkapkan empat tempat kosong dengan kata ganti nama yang betul.
2. membina empat ayat menggunakan kata nama dengan ayat lengkap.

Aktiviti
1. Bimbing murid memahami dan menggunakan kata ganti nama berdasakan bahan.
2. Minta murid melengkapkan dialog dengan kata ganti nama yang sesuai.


Cadangan Jawapan




Friday, April 7, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 | UNIT 2 : ILHAM KAMI | ASPEK TATABAHASA | HALAMAN 11 #akademiyoutuber

 



Standard Kandungan
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal. (ii) kata nama khas

Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid boleh
i.  Mengenal pasti sepuluh kata nama khas falam teks.
ii. Membina lapan ayat menggunakan kata nama khas dengan ayat lengkap.

Aktiviti
1. Murid menamakan benda yang boleh dihasilkan daripada bahan terbuang.
2. Murid membaca dan memahami dialog (buku teks ms.11)
3. Murid dibimbing mengenal pasti kata nama khas dan jenis berdasarkan bahan dalam buku teks.
4. Murid dalam kumpulan berbincang menyenaraikan kata nama khas yang terdapat dalam teks diberi (lembaran) mengikut jenis dalam peta pokok.
5. Murid membentang tugasan.
6. Murid menulis ayat menggunakan kata nama khas diberi dalam buku tulis.


Cadangan jawapan
1. Afifi dan Encik Nazri melayari Blog Kreatif dan Inovasi.
2. Encik Nazri bercadang untuk mencantikkan Taman Rekreasi Taman Seri Damai dengan bangku daripada tayar lama.
3. Si Tompok sedang bermain di atas bangku.
4. Bangku ini hasil kerjasama semua penduduk Taman Seri Damai dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 | UNIT 2 : SEPAKAT JAGA KEBERSIHAN | KEMAHIRAN MENULIS | HALAMAN 9 #akademiyoutuber

 



Tema : Kemasyarakatan
Topik : Sepakat Jaga Kebersihan

Standard Kandungan:
3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.

Standar pembelajaran
3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada sesuatu bahan multimedia.

Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid boleh membina empat daripada lima ayat lengkap berdasarkan soalan diberi.

Aktiviti
1. Murid menyatakan barangan boleh kitar semula dalam peta bulatan di papan tulis.
2. Murid membaca teks Kempen Jalan dan Kutip (Buku Teks ms.9)
3. Murid dalam kumpulan menulis kandungan kempen tersebut dalam apa sahaja bentuk peta pemikiran atau borang grafik.
4. Murid mempamerkan tugasan mereka.
5. Murid dibimbing menjawab soalan berdasarkan poster kempen Jalan dan Kutip.
6. Murid memberi pendapat secara bertulis terhadap lima soalan berdasarkan teks.
7. Murid membaca jawapan diberi.
8. Guru membuat penilaian.


Cadangan Jawapan







Thursday, April 6, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 3 : BERTEMU PADA HARI PERAYAAN | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 13 #akademiyoutuber

 


KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN
1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan situasi tidak formal.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap penyataan secara kritis dan kreatif. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :Mendengar dan mentafsir penyataan. Memberikan respons secara kritis dan kreatif.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mendengar dan mentafsir penyataan dengan betul serta memberikan respons secara kritis dan kreatif.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berkongsi pengalaman beraya pada Hari Raya Aidilfitri.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami dialog Prasad, Shu Ying dan Irfan. (KBAT)
3. Murid dibimbing mendengar dan mentafsir penyataan. 
4. Murid dibimbing memberikan respons secara kritis dan kreatif berdasarkan isi kandungan dialog. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Murid diminta melakonkan semula dialog perbualan yang lengkap berpandukan dialog dalam buku teks dengan memberikan respons secara kritis dan kreatif. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Cadangan Jawapan









CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 2 : KENANGAN TERINDAH | ASPEK TATABAHASA | HALAMAN 12 #akademiyoutuber

 



KEMAHIRAN BAHASA
5.0 ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN
5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif mengikut konteks.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Memahami kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya memahami kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan dengan betul.
Menulis tiga ayat menggunakan kata kerja transitif dengan betul.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid meneliti gambar melancong ke Seoul dalam buku teks halaman 12.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid mengimbas kembali pelajaran lalu tentang kata kerja transitif. 
(PAK 21)
3. Murid dibimbing memahami dan meneliti serta menyenaraikan kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan. (KBAT)
4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
5. Murid membina ayat menggunakan kata kerja transitif yang disenaraikan dalam buku latihan. (PBD)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.










KATA NAMA (KATA GANTI NAMA) #akademiyoutuber

KATA NAMA (kata ganti nama)

Definisi:

1. Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang.

2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua, dan kata ganti nama diri ketiga. 

3.   Setiap Kata Ganti Nama terdiri daripada Tunggal dan Jamak.

Kata Ganti Diri Pertama

Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.



Kata Ganti Diri Kedua

Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.

Kata Ganti Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)



SUMBER : https://www.cikgukarim.com





Wednesday, April 5, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 | UNIT 2 : KITA BOLEH | KEMAHIRAN MEMBACA | HALAMAN 8 #akademiyoutuber

 



2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN
2.1    Asas membaca dan memahami

STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.1    Membaca dan memahami maklumat tersirat untuk memberikan respons.

AKTIVITI
Membaca dan memahami maklumat tersirat untuk memberikan respons.









CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 | UNIT 2 : KAMI SEPAKAT | KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 7 #akademiyoutuber

 



UNIT 2: KERJASAMA ERATKAN HUBUNGAN
KAMI SEPAKAT
HALAMAN 7

1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN
1.1    Mendengar dan memberikan respon semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.2    Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkaan dalam situasi formal.

AKTIVITI
Mendengar, memahami dan memberikan respon.


Bimbing murid mendengar dan memberikan respon terhadap maklumat yang diujarkan.



Tinesh    : Ya, Afifi. Apakah maksud slogan "Muafakat Merealisasikan Hasrat",Afifi?
Afifi        : Slogan "Muafakat Merealisasikan Hasrat" bermaksud sesuatu perkara perlu dipersetujui
                  ramai untuk dilaksanakan bagi mencapai hasrat.
Kai Jun    : Mengapakah penduduk perlu memakai baju itu, Tinesh?
Tinesh      : Penduduk perlu memakai baju itu kerana baju itu menunjukkan identiti sepakat Taman Seri
                  Damai.



CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 | UNIT 1 : BANK REZEKI BERGERAK | KEMAHIRAN MEMBACA | HALAMAN 3 #akademiyoutuber

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KEMASYARAKATAN

TOPIK : BANK REZEKI BERGERAK

Standard Kandungan :

2.1 Asas membaca dan mnemahami

Standard Pembelajaran:

2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid dapat membaca dua atau tiga perenggan teks dengan baik dan memberikan sekurang-kurangnya dua respons terhadap idea tersurat dan tersirat dalam situasi diberi secara bertulis.

Kriteria Kejayaan:

  • Murid membaca kuat teks.
  • Murid mengenal pasti dua idea tersurat dan tersirat serta memberi respons.
  • Murid memberi respons terhadap tiga situasi secara bertulis.

Aktiviti

  • Murid menyatakan cara mengelakkan pembaziran. (air/elektrik)
  • Murid membaca senyap petikan “Bank Rezeki Bergerak”. (Buku Teks m/s 3)
  • Murid membaca kuat petikan. Setiap murid membaca dua atau tiga perenggan.
  • Murid dibimbing mengenal pasti idea tersurat dan tersirat dalam perenggan tiga dan empat teks dan memberi respon.
  • Murid membentangkan tugasan.
  • Murid menyatakan respons secara bertulis berdasarkan idea tersurat dan tersirat dalam teks. (lembaran kerja)
MAKLUMAT TERSURAT DAN CONTOH RESPON

1. Maklumat tersurat :
Program ini dapat meringankan beban golongan miskin, orang kurang upaya, penghuuni rumah anak yatim dan penghuni rumah orang tua.

Respon :
Kita mestilah sentiasa membantu golongan miskin, orang kurang upaya, anak yatim dan orang tua bagi meringankan kesusahan mereka.

2. Maklumat tersurat :
Mengkategorikan barangan keperluan harian untuk disalurkan kepada Bank.

Respon :
Kita perlu menyenaraikan jenis barangan keperluan harian yang hendak disalurkan kepada Bank Bergerak.

3. Maklumat tersurat:
Makanan yang boleh disumbangkan termasuklah beras, biskut, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Respon:
Kita boleh memberi sumbangan barangan keperluan harian ini kerana barangan ini merupakan makanan asas.

4. Maklumat tersurat:
Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana kesepakatan yang kukuh oleh semua penduduk.

Respon:
Kita hendaklah memberikan kerjasama bagi melancarkan program kemasyarakatan yang dijalankan.



dapatkan juga


dapatkan juga



LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA