DROPDOWN MENU

SLIDER



Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, March 19, 2023

PELAKSANAAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024


Program RMT ini merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid yang layak berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan Makanan 2019. Pelaksanaan program ini bertujuan menyediakan makanan berkhasiat yang mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran.

Berikut surat arahan pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah KPM bagi kalendar akademik 2023/2024 untuk tindakan pihak berkenaan.

DOWNLOAD SURAT EDARAN : Sila Klik Di Sini



 
DOWNLOAD BORANG DI SINI



 
DOWNLOAD BORANG DI SINI



SUMBER BAHAN-BAHAN PANITIA SK GOPENG TAMAN GOPENG BARU

 

PANITIA SK GOPENG TAMAN GOPENG BARU – MyLink



Saturday, March 18, 2023

ANUGERAH GURU INSPIRASI Mc DONALD'S KEMBALI!! JOM CALONKAN GURU ANDA



klik gambar untuk baca kisah 

2021 rezeki Cikgu linnZack.

Mana tau 2023 rezeki guru-guru anda pula.

klik gambar untuk tonton perkongsian terdahulu

*Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s* kembali! 

Adakah guru anda merupakan Guru Inspirasi pada tahun ini?

Coretkan kisah magis mengenai guru inspirasi anda dan kongsikan nukilan istimewa tersebut mulai *20 Mac 2023 sehingga 15 April 2023* 

Bagi pencalonan Guru Inspirasi yang diterima daripada murid sekolah yang layak , murid turut menerima sijil penyertaan peringkat kebangsaan.

Sekolah bagi 25 orang guru yang berjaya dinobatkan Anugerah Guru Inspirasi juga akan menerima *peruntukan penambahbaikan bilik guru* di sekolah mereka sedang bertugas.

Ayuh! Calonkan guru atau rakan guru luar biasa anda di :


 https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi


*“GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI”* 

u/p: 

• Penyertaan adalah berbentuk karangan dan hendaklah ditulis dengan dalam Bahasa Melayu. Panjang karangan antara 100 – 1,500 patah perkataan.

• Penyertaan dilaksanakan secara individu.

• Hasil karya penulisan hendaklah asli. Plagiarisme tidak diterima dalam peraduan ini.


#terimakasihcikgu

#CikgukuLuarBiasa

#AnugerahGuruInspirasi






LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA