DROPDOWN MENU

SLIDER



Showing posts with label CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5. Show all posts
Showing posts with label CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5. Show all posts

Thursday, February 29, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : USAHA AHLI SAINS | SENI BAHASA | HALAMAN 124

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TOPIK : USAHA AHLI SAINS

Standard Kandungan : 

4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni tulisan jawi.

Standard Pembelajaran:

4.4.1 Mengenal, mengecam dan menyebut huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan jawi dalam perumpamaan dan mempersembahkannya.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh menyebut dan menulis dua puluh satu huruf tunggal jawi melalui perumpamaan dengan betul dan mempersembahkannya.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid mengenal dan menyebut 13 huruf 13 huruf tunggal jawi (8 huruf sama)
  2. Murid menulis 21 huruf tunggal jawi.

Aktiviti

  1. Murid mengenal pasti perumpamaan yang ada kaitan dengan sikap rajin berusaha.
  2. Murid diperjelaskan tentang maksud perumpamaan 'bagai lebah mengumpul madu'.
  3. Murid mengenal huruf dan menyebut huruf tunggal jawi dalam perumpamaan 'bagai lebah mengumpulkan madu' yang disebut guru. (Buku Teks ms.124)
  4. Murid menyebut huruf tunggal jawi dalam kumpulan. Seorang ahli akan menyebut dan rakan-rakannya mengikut sebutan secara bergilir.
  5. Murid menulis huruf tunggal jawi yang disebut guru di papan tulis.
  6. Murid menulis huruf tunggal jawi dan mempersembahkannya.Rakan-rakan membuat jelajah galeri untuk melihat hasilan rakan-rakan mereka.
 
klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : MELUNCUR TINGGI | MEMBACA | HALAMAN 122 & 123

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TOPIK : SIAP SIAGA SEBELUM TIDUR

Standard Kandungan : 
3.3 Menghasilkan penulisan.

Standard Pembelajaran:
3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mendraf perenggan laporan dan menghasilkan karangan laporan yang lengkap.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami format penulisan laporan.
  2. Murid mendraf idea laporan.
  3. Murid menghasilkan penulisan laporan.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang uji kaji atau reka cipta saya yang pernah  dibuat.
  2. Murid diperjelaskan format penulisan laporan. Murid diberi satu contoh penulisan laporan.
  3. Murid membaca dan meneliti teks bertajuk 'Pertandingan Roket Air'. (Buku Teks ms 122)
  4. Murid dibimbing mendraf isi satu laporan berdasarkan rangkai kata diberi.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang mendraf isi kedua laporan.
  6. Murid membentangkan tugasan. Guru membuat pemurnian.
  7. Murid mendraf isi tiga dan penutup dan menghasilkan karangan laporan yang lengkap.


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : GERHANA MATAHARI CINCIN | MEMBACA | HALAMAN 121

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TOPIK : GERHANA MATAHARI CINCIN

Standard Kandungan : 
2.3 Membaca dan mengapresiasi pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera.

Standard Pembelajaran:
2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mempersembahkan nsyarahan dan melafazkan tiga rangkap pantun dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan mempersembahkan syarahan.
  2. Murid melafazkan tiga rangkap pantun dalam syarahan dengan baik.

Aktiviti
  1. Murid menonton penyampaian syarahan.
  2. Murid membaca senyap teks syarahan. (Buku Teks ms. 121)
  3. Murid dibimbing membaca teks dengan gaya penyampaian syarahan yang sesuai.
  4. Murid dengan pasangan berlatih membaca untuk menyampaikan syarahan. Pasangannya akan menyemak.
  5. Murid mempersembahkan syarahan di hadapan kelas.
  6. Murid menilai persembahan rakan mereka dengan mengisi borang penilaian.
  7. Murid terbaik menyampaikan syarahan itu sekali lagi.
MAKLUMAT TAMBAHAN
  1. Gerhana Matahari Cincin berlaku apabila kedudukan bulan di antara bumi dengan matahari berada pada posisi jauh dari bumi.
  2. Kita boleh saksikan fenomena ini di Malaysia, iaitu di di Tanjung Piai, Johor dan di Serian serta Samarahan, Sarawak.
  3. Gerhana Matahari Cincin telah menyebabkan fenomena air pasang besar di pantai barat dan perubahan keadaan terang pada siang hari kepada keadaan gelap seperti senja.
  4. Kita memerlukan cermin mata khas untuk melihat gerhana ini kerana sinaran terus matahari sangat terang dan berbahaya.

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 16 : HAIWAN SEKELILING KITA | KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 120

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TOPIK : HAIWAN SEKELILING KITA

Standard Kandungan : 
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bbagi pelbagai tujuan.

Standard Pembelajaran:
1.2.3 Bersoal jawab untuk menjana idea tentang sesuatu perkara.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh bersoal jawab sekurang-kurangnya satu soalan dan memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami tingkah laku haiwan.
  2. Murid menjawab soalan berkaitan haiwan yang diwakili.
  3. Murid bersoal jawab dalam dialog untuk menjana idea.

Aktiviti
  1. Murid menyatakan haiwan yang menarik hati mereka ketika melawat zoo.Mengapa suka?
  2. Murid membaca dan meneliti haiwan dalam bahan. (Buku Teks ms.120)
  3. Murid dibahagikan kepada empat stesen. Stesen A, kura-kura, Stesen B, tenggiling, Stesen C, landak dan Stesen D, sumpah-sumpah. Secara bergilir, kumpulan akan pergi ke setiap stesen.Murid boleh menyoal murid yang mewakili haiwan dalam stesen.
  4. Murid secara berpasangan berbincang melengkapkan perbualan dalam bahan.
  5. Murid bersama pasangan melakonkan perbualan berkaitan haiwan berdasarkan maklumat yang diperoleh.
  6. Murid memindahkan dialog dalam buku teks ke dalam buku tulis mengikut format penulisan perbualan.


klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 26 : PERIBADI YANG BAIK | TATABAHASA | HALAMAN 202

 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : PERIBADI YANG BAIK

STANDARD KANDUNGAN :

5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks.

STANDARD PEMBELAJARAN:

5.3.3 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh membina enam ayat aktif dan pasif dengan betul.

KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid memahami antara beza ayat pasif dan ayat aktif.
ii. murid membina tiga ayat aktif dan pasif berdasarkan gambar.
iii. Murid membinaenam ayat aktif dan pasif dengan betul.

AKTIVITI

1. Murid mencatat sifat baik dan tidak baik pada peta pokok di papan tulis.

2. Murid diberi penjelasan tentang ayat aktif dan ayat pasif. Murid diberi contoh perbandingan antara ayat aktif dan ayat pasif. (ulang kaji)

3. Murid membaca dan meneliti bahan. (Buku Teks ms. 202)

4. Murid dibimbing memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif berdasarkan gambar 1.

5. Murid dalam kumpulan berbincang membina ayat aktif dan pasif berdasarkan gambar 2,3 dan 4.

6. Murid membentangkan tugasan. Guru buat pemurnian.

7. Permainan. Murid menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya yang disebut oleh guru.

8. Murid menulis ayat aktif dan pasif berdasarkan gambar diberi (lembaran kerja)

CADANGAN JAWAPAN

1. Ayat pasif

Kerja sekolah diselesaikan oleh Hakim sebelum keluar bermain.

2. Ayat pasif

Aktiviti riadah lebih digemari oleh Hakim berbanding dengan bermain gajet.

3. Ayat aktif

Kita perlu mengutamakan kemudahan teknologi untuk pembelajaran.

4. Ayat aktif

Guru memuji Hakim kerana selalu bertanya jika tidak faham.

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 26 : PESAN BONDA | SENI BAHASA | HALAMAN 201

 

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : PESAN BONDA

STANDARD KANDUNGAN :

4.2 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni tuliusan jawi.

STANDARD PEMBELAJARAN:

4.4.2 Mempersembahan keindahan seni tulisan jawi melalui perumpamaan.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh menulis perumpamaan 'seperti isi dengan kuku' dengan keindahan dalam seni tulisan jawi dengan baik.

KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid menulis perumpamaan dalam seni tulisan jawi dalam kumpulan.
ii. murid menulis perumpamaan dalam seni tulisan jawi secara individu.


AKTIVITI

1. Murid menyatakan tentang cara menjaga hubungan keluarga mereka. Catat dalam peta alir di papan tulis.

2. Murid membaca teks. (Buku Teks ms 201)

3. Murid mengeja huruf jawi melalui perumpamaan 'seperti isi dengan kuku'.

4. Murid dalam kumpulan dibimbing menulis perumpamaan 'seperti isi dengan kuku' dalam seni tulisan jawi dalam kertas putih.

5. Kumpulan mempamerkan hasil tugasan mereka.

6. Murid secara individu menulis perumpamaan 'seperti isi dengan kuku' dalam seni tulisan jawi pada kertas.

7. Murid meletakkan hasil tugasan di atas meja masing-masing. Murid-murid lain membuat jelajah galeri melihat hasil tugasab rakan mereka.

8. Lima hasil tercantik dipaparkan di papan tulis.




CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 26 : SEMANGAT MEMBARA | MENULIS | HALAMAN 200

 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : SEMANGAT MEMBARA 

STANDARD KANDUNGAN :

3.2 Menulis perkaraan, frasa dan ayat yang bermakna.

STANDARD PEMBELAJARAN:

3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh menjawab tiga daripada empat soalan pemahaman dengan betul.
KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid membaca dan memahami teks.
ii. murid menjawab empat soalan pemahaman.

AKTIVITI

1. Murid ditunjukkan dua benda. Minta murid membuat pilihan. Minta murid beri alasan benda pilihan mereka.

2. Murid membaca senyap dan memahami teks dialog. (Buku Teks ms.200)

3. Murid dipilih secara rawak melakonkan dialog dalam bahan.

4. Murid dalam kumpulan membina peta pokok tentang kelebihan menyertai olah raga atai tae kwan do bagi membantu Danish menyelesaikan masalahnya.

5. Murid membentangkan tugasan dan menyatakan pilihan yang Danish buat dengan alasan.

6. Murid menjawab soalan pemahaman tentang teks dalam buku tulis.

CADANGAN JAWAPAN

1. Apakah perkara yang mengganggu fikiran Danish?

 Perkara yang mengganggu fikiran Danish ialah dia tidak tahu untuk membuat pilihan terhadap dua aktiviti serentak.

2. Mengapakah Danish harus mengutamakan sukan olahraga?

Danish harus mengutamakan sukan olahraga kerana sukan tersebut berpotensi dalam mengembangkan bakatnya yang telah lama diceburi.

3. Jika kamu Danish, sukan manakah yang akan kamu pilih? Mengapa?

Jika saya Danish, sukan yang akan saya pilih ialah sukan olahraga kerana bidang sukan tersebut mempunyai masa depan yang cerah.

4. Nyatakan kebaikan dan cabaran menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum.

Kebaikan menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum ialah kita dapat mengembangkan bakat, menimba ilmu dan berpeluang untuk mewakili sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi. Cabarannya pula ialah apabila sesuatu aktiviti atau pertandingan tersebut dijalankan serentak dan penting untuk disertai.

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 26 : TANGGUNGJAWAB TERLAKSANA | MEMBACA | HALAMAN 198 & 199

 




RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : TANGGUNGJAWAB TERLAKSANA

STANDARD KANDUNGAN :

2.3 Membaca dan mengapresiasi pelbagai bahan sastera dan bahan sastera dan bahan bukan sastera.

STANDARD PEMBELAJARAN:

2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya sastera dan karya bukan sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh menyampaikan empat perenggan cerpen dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid membaca dan memahami cara membaca cerpen.

ii. murid menyampaikan empat perenggan cerpen dengan baik.

AKTIVITI

1. Murid bersoal jawab tentang minggu bahasa Melayu yang diadakan di sekolah mereka

2. Murid membaca senyap poster dan cerepen ( Buku Teks ms 198 dan 199)

3. Murid dibimbing membaca dan menyampaikan cerpen dengan gaya penyampaian yang pelbagai.

4. Murid menyampaikan cerpen secara berpasangan.

5. Murid lain dan cikgu menilai persembahan mereka menggunakan borang penilaian yang disediakan.

6. Murid bersoal jawab tentang pengajaran yang diperoleh daripada cerpen tersebut.

CADANGAN JAWAPAN

1. Puan Ayu bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital .

2. Jalan raya hari itu sesak kerana berlaku sebuah kemalangan.

3. Mangsa masih terlantar di tempat kemalangan kerana kemalangan itu baru sahaja berlaku.

4. Apabila melihat mangsa kemalangan masih terbaring di situ , Puan Ayu terus memberhentikan

keretanya untuk menolong mangsa kemalangan.

5. Selepas 10 minit, ambulans tiba di tempat kejadian.

6. Pada pendapat saya, tindakan yang dilakukan oleh Puan Ayu adalah wajar. Sikapnya yang

bertanggungjawab dan dedikasinya membuatkan beliau sentiasa positif dalam membantu 

mangsa tanpa mengira masa dan tempat.

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 26 : SAHABAT INSPIRASIKU | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 197

 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : SAHABAT INSPIRASIKU


STANDARD KANDUNGAN :

1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.


STANDARD PEMBELAJARAN:

1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita tentang bahan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.


KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid memahami bahan yang hendak diceritakan.

ii. murid bercerita tiga perkara tentang bahan

AKTIVITI

1. Murid bersoal jawab tentang sahabat yang menjadi idola mereka.

2. Murid meneliti gambar dan membaca senyap teks. (Buku Teks ms. 197)

3. Murid membaca kuat teks.

4. Bersoal jawab untuk menguatkan kefahaman murid tentang perkara yang dibaca.

5. Murid secara berpasangan diberi masa untuk latihan bercerita berdasarkan teks dan gambar yang terdapat dalam bahan.

6. Murid bersama pasangan melakonkan dialog untuk bercerita tentang maklumat yang dilihat. Murid lain menilai persembahan rakan mereka dengan memberikan bintang

7. Murid mencatat dalam peta bulatan tentang ciri-ciri sahabat yang menjadi inspirasi mereka.

CADANGAN JAWAPAN


klik gambar untuk maklumat lanjut

Wednesday, February 28, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 27 : PENTERNAK BERINTEGRITI | MENULIS | HALAMAN 205

 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : PENTERNAK BERINTEGRITI 



STANDARD KANDUNGAN :

3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.



STANDARD PEMBELAJARAN:

3.2.4 Menulis teks prosa yang diimlakkan.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengimlak empat daripada enam perenggan teks prosa yang dibaca oleh guru tanpa kesalahan.


KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid membaca dua kali perenggan teks.

ii. murid mengeja perkataan sukar dalam teks.

iii. murid mengimlak empat teks prosa tanpa kesalahan.


AKTIVITI

1. Murid menyatakan bidang yang ingin diceburi apabila dewasa.

2. Murid membaca dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 205.

3. Murid membaca kuat mengikut kumpulan masing-masing.

4. Murid diminta mengeja dan menyebut perkataan sukar dalam petikan. (Guru pilih perkataan sukar eja.)

5. Murid mengimlak teks prosa yang dibaca oleh guru.

6. Murid secara pasangan menyemak teks yang diimlak dengan merujuk teks.

7. Murid membetulkan kesalahan yang dilakukan dengan menyalin semula perenggan yang terdapat kesalahan.

8. Bersoal jawab tentang pengajaran yang diperoleh daripada teks.

KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 27 : PERPUSTAKAAN HAK BERSAMA | MEMBACA | HALAMAN 204

 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : PERPUSTAKAAN HAK BERSAMA


STANDARD KANDUNGAN :

2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia.


STANDARD PEMBELAJARAN:

2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca kuat dialog dengan intonasi yamg sesuai dan membuat satu keputusan pilihan mereka dengan alasan yang munasabah.


KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid membaca kuat dan memahami teks.

ii. murid membuat pertimbangan dengan membuat perbandingan.

iii. murid membuat keputusan pilihan mereka dengan alasan.

AKTIVITI

1. Murid bersoal jawab tentang jumlah buku yang dibaca di perpustakaan.

2. Murid membaca senyap dan meneliti perbualan secara tweet dalam bahan .( Buku Teks ms 204)

3. Murid dipilih secara rawak membaca kuat perbualan dalam bahan.

4. Murid dalam kumpulan membuat perbandingan kebaikan belajar di perppustakaan dengan di rumah dalam peta pokok.

5. Murid membuat pembentangan.

6. Murid diminta membuat keputusan. Yang memilih belajar di perpustakaan berada di sebelah kanan guru dan yang memilih belajar di rumah di sebelah kiri guru.

7. Murid memberi alasan atas pilihan mereka dengan menyatakan alasan.


CADANGAN JAWAPAN

Jason Jamily : Terima kasih , kawan-kawan atas pandangan yang telah diberikan. Setelah membuat pertimbangan, saya mengambil keputusan untuk terus membuat ulang kaji di perpustakaan kerana di sini banyak bahan rujukan yang boleh saya baca.

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 27 : KEDAI JUJUR | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 203

 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : KEDAI JUJUR


STANDARD KANDUNGAN :

1.2 Bertuutr untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.


STANDARD PEMBELAJARAN:

1.2.3 Bersoal jawab untk menjana idea tentang sesuatu perkara.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bersoal jawab sekurang-kurangnya satu soalan dan memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara dengan baik.


KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid memahami maksud kedai jujur.

ii. murid menjawab soalan yang diajukan.

iii. murid bersoal jawab dalam dialog untuk memberi penjelasan.

AKTIVITI

1. Murid mencatat sifat baik yang perlu ada dalam diri kita pada peta buih di papan tulis.

2. Murid membaca dan meneliti panduan jual beli di kedai jujur. (Buku Teks ms 203)

3. Murid secara rawak diminta membaca penyataan dalam poster tersebut.

4. Murid bersoal jawab untuk berkaitan kedai jujur untuk memberi pemahaman yang lebih jelas.

5. Murid secara pasangan berbincang melengkapkan dialog dalam bahan.

6. Murid dan pasangan membuat simulasi dialog yang terdapat dalam teks.

7. Murid menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada bahan.

CADANGAN JAWAPAN


klik gambar untk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 11 : MERIAHNYA PERAYAAN | SENI BAHASA | HALAMAN 85

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : MERIAHNYA PERAYAAN


Standard Kandungan : 

5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.


Standard Pembelajaran:

5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks.

    iii. kata berimbuhan apitan


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh ;

i. melengkapkan lapan kata berimbuhan apitan dalam teks dengan betul.

i. menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan apitan dengan betul.


Kriteria Kejayaan:

Murid memberikan 10 kata berimbuhan apitan.

Murid melengkapkan teks dengan kata berimbuhan apitan.

Murid menulis lima ayat lengkap menggunakan kata berimbuhan apitan.


Aktiviti

Murid bersoal jawab tentang cara mengeratkan persahabatan.

Murid diberi penjelasan tentang kata berimbuhan apitan.

Murid dalam kumpulan mencatat sepuluh contoh kata berimbuhan apitan pada peta buih,

Murid mempamerkan tugasan.

Murid membaca dan memahami teks. (Buku Teks ms.80)

Murid menulis teks perenggan dua hingga empat dalam buku tulis dengan melengkapkan kata berimbuhan apitan.

Murid menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan apitan diberi



CADANGAN JAWAPAN

Rubini : 

Syair tadi menceritakan perpaduan di Malaysia yang sentiasa kukuh dan harmoni.Penyair menyarankan agar menjadikan kawan pelbagai kaum sebagai saudara yang perlu dibantu. Selain itu, penyair berharap agar semua kaum saling menghormati, saling mempercayai dan bersopan santun. Penyair juga berharap agar seni budaya pelbagai bangsa sentiasa dipelihara.

Shu Fen : 

Rumusan keseluruhan isi syair ialah kita mestilah mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa. Kita patut mengamalkan sikap harmoni dan saling menghormati di samping meraikan perayaan kaum dan keunikan budaya.


Sunday, February 18, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 10 : KITA TETAP BERSAHABAT | TATABAHASA | HALAMAN 80

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : KITA TETAP BERSAHABAT

Standard Kandungan : 
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:
5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks.
    iii. kata berimbuhan apitan

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh ;
i. melengkapkan lapan kata berimbuhan apitan dalam teks dengan betul.
i. menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan apitan dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memberikan 10 kata berimbuhan apitan.
  2. Murid melengkapkan teks dengan kata berimbuhan apitan.
  3. Murid menulis lima ayat lengkap menggunakan kata berimbuhan apitan.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang cara mengeratkan persahabatan.
  2. Murid diberi penjelasan tentang kata berimbuhan apitan.
  3. Murid dalam kumpulan mencatat sepuluh contoh kata berimbuhan apitan pada peta buih,
  4. Murid mempamerkan tugasan.
  5. Murid membaca dan memahami teks. (Buku Teks ms.80)
  6. Murid menulis teks perenggan dua hingga empat dalam buku tulis dengan melengkapkan kata berimbuhan apitan.
  7. Murid menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan apitan diberi

CADANGAN JAWAPAN

Tujuan saya mengirim e-mel ini adalah untuk bercerita tentang aktiviti memupuk perpaduan di sekolah saya. Antara programnya termasuklah pertandingan drama muhibah, larian sehati sejiwa, malam kebudayaan dan sukaneka perpaduan. Program itu untuk melahirkan peserta yang dapat menjiwai erti perpaduan.
        
        Setiap aktiviti dan penyertaan dalam sesebuah pasukan perlu melibatkan murid berbilang kaum. Pihak sekolah juga mengundang sebuah kumpulan kebudayaan dari Sarawak dan Sabah. Mereka beraksi untuk memeriahkan malam kebudayaan. Seperti kata pemimpin, rakyat mestilah bertoleransi dan mengelakkan perpecahan. Pada hari itu, peserta saling bersalaman dan bermaafan. 
        
        Semangat kekitaan jelas kelihatan melalui program itu. Program itu dapat memupuk semangat perpaduan dan perkembangan bakat kerana budaya yang diwarisi bangsa perlu diraikan agar sentiasa subur. 
       
         Akhir kata, saya berharap agar saudara juga sudi menceritakan aktiviti perpaduan di sana. Kita patut mensyukuri nikmat muhibah di negara kita. Saya berharap semoga tali persaudaraan kita terus terjalin. Walaupun jauh di mata, dekat di hati. Kita tetap bersahabat.
Sekian, terima kasih. 


klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 10 : INDAHNYA KEMESRAAN | SENI BAHASA | HALAMAN 79


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : INDAHNYA KEMESRAAN


Standard Kandungan : 

4.1 Mengaplikasikan unsuur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.


Standard Pembelajaran:

4.1.1 Bercerita dan mengunjarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun.


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita dan mengunjarkan dialog dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua peribahasa dan bahasa yang santun dengan baik.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid memahami simpulan bahasa dalam teks.
  2. Murid mengunjarkan dialog mengandungi peribahasa.
  3. Murid mengunjarkan cerita mengandungi peribahasa berdasarkan empat gambar diberi.
Aktiviti

  1. Murid bersoal jawab tentang majlis perkhawinan yang dihadiri. (suasana/aktiviti/perasaan)
  2. Murid membaca dan meneliti dialog dalam bahan. ( Buku Teks ms.79)
  3. Murid dibimbing memahami maksud simpulan bahasa dalam teks.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mengenal pasti peribahasa dan bahasa santun yang sesuai bagi setiap gambar diberi dalam bahan. Murid membentangkan tugasan.
  5. Murid mengikut kumpulan mengunjarkan dialog 'sebelum pulang'. (Lima watak) kemudian, murid mengunjarkan dialog 'setibanya di rumah' (tiga watak) menggunakan peribahasa dan bahasa sopan yang telah dibentangkan.
  6. Murid menulis peribahasa dalam bahan dan maksudnya dalam borang grafik.

CADANGAN JAWAPAN


AYAT CONTOH
Gambar 1
- Persembahan tarian zapin menjadi halwa mata untuk tetamu yang hadir.

Gambar 2
- Pasangan pengantin yang cantik bagaikan pinang dibelah dua bersanding di pelamin.

Gambar 3
- Sebelum pulang, tetamu diberikan bunga telur sebagai tanda mata.


klik ganbar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 10 : KEM PERKHEMAHAN MUHIBAH | MENULIS | HALAMAN 78

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : KEM PERKHEMAHAN MUHIBAH

Standard Kandungan : 

3.3 Menghasilkan penulisan


Standard Pembelajaran:

3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan daripada aspek ejaan, tanda baca penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengedit dengan betul lima kesalahan penggunaan kata dan kesalahan struktur ayat dalam teks dengan betul.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid membaca kuta teks.
  2. Murid mengedit lima kesalahan penggunaan kata dan struktur ayat.
  3. Murid mengedit dan memurnikan teks dengan betul.

Aktiviti

  1. Murid bersoal jawab tentang pengalaman pergi berkhemah.
  2. Murid membaca dan meneliti teks. (Buku Teks ms.78)
  3. Murid dibimbing mengenal pasti kesalahan penggunaan kata dan struktur ayat pada perenggan pertama.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mengenal pasti kesalahan penggunaan kata dan mengeditnya serta mencatatnya pada kertas putih.
  5. Murid membentangkan tugasan.
  6. Murid mengenal pasti kesalahan struktur ayat dalam teks.Kemudian, murid mengedit dan memurnikan teks dalm buku teks.
  7. Murid dan rakan mereka menyemak tugasan mereka semasa guru membaca teks dan membetulkan kesalahan yang terdapat dalam teks.

CADANGAN JAWAPAN


klik gambar untuk maklumat lanjut


LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA