DROPDOWN MENU

SLIDER



Showing posts with label BAHASA MELAYU TAHUN 5. Show all posts
Showing posts with label BAHASA MELAYU TAHUN 5. Show all posts

Wednesday, April 5, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 | UNIT 2 : KAMI SEPAKAT | KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 7 #akademiyoutuber

 



UNIT 2: KERJASAMA ERATKAN HUBUNGAN
KAMI SEPAKAT
HALAMAN 7

1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN
1.1    Mendengar dan memberikan respon semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.2    Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkaan dalam situasi formal.

AKTIVITI
Mendengar, memahami dan memberikan respon.


Bimbing murid mendengar dan memberikan respon terhadap maklumat yang diujarkan.



Tinesh    : Ya, Afifi. Apakah maksud slogan "Muafakat Merealisasikan Hasrat",Afifi?
Afifi        : Slogan "Muafakat Merealisasikan Hasrat" bermaksud sesuatu perkara perlu dipersetujui
                  ramai untuk dilaksanakan bagi mencapai hasrat.
Kai Jun    : Mengapakah penduduk perlu memakai baju itu, Tinesh?
Tinesh      : Penduduk perlu memakai baju itu kerana baju itu menunjukkan identiti sepakat Taman Seri
                  Damai.



CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 | UNIT 1 : BANK REZEKI BERGERAK | KEMAHIRAN MEMBACA | HALAMAN 3 #akademiyoutuber

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KEMASYARAKATAN

TOPIK : BANK REZEKI BERGERAK

Standard Kandungan :

2.1 Asas membaca dan mnemahami

Standard Pembelajaran:

2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid dapat membaca dua atau tiga perenggan teks dengan baik dan memberikan sekurang-kurangnya dua respons terhadap idea tersurat dan tersirat dalam situasi diberi secara bertulis.

Kriteria Kejayaan:

  • Murid membaca kuat teks.
  • Murid mengenal pasti dua idea tersurat dan tersirat serta memberi respons.
  • Murid memberi respons terhadap tiga situasi secara bertulis.

Aktiviti

  • Murid menyatakan cara mengelakkan pembaziran. (air/elektrik)
  • Murid membaca senyap petikan “Bank Rezeki Bergerak”. (Buku Teks m/s 3)
  • Murid membaca kuat petikan. Setiap murid membaca dua atau tiga perenggan.
  • Murid dibimbing mengenal pasti idea tersurat dan tersirat dalam perenggan tiga dan empat teks dan memberi respon.
  • Murid membentangkan tugasan.
  • Murid menyatakan respons secara bertulis berdasarkan idea tersurat dan tersirat dalam teks. (lembaran kerja)
MAKLUMAT TERSURAT DAN CONTOH RESPON

1. Maklumat tersurat :
Program ini dapat meringankan beban golongan miskin, orang kurang upaya, penghuuni rumah anak yatim dan penghuni rumah orang tua.

Respon :
Kita mestilah sentiasa membantu golongan miskin, orang kurang upaya, anak yatim dan orang tua bagi meringankan kesusahan mereka.

2. Maklumat tersurat :
Mengkategorikan barangan keperluan harian untuk disalurkan kepada Bank.

Respon :
Kita perlu menyenaraikan jenis barangan keperluan harian yang hendak disalurkan kepada Bank Bergerak.

3. Maklumat tersurat:
Makanan yang boleh disumbangkan termasuklah beras, biskut, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Respon:
Kita boleh memberi sumbangan barangan keperluan harian ini kerana barangan ini merupakan makanan asas.

4. Maklumat tersurat:
Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana kesepakatan yang kukuh oleh semua penduduk.

Respon:
Kita hendaklah memberikan kerjasama bagi melancarkan program kemasyarakatan yang dijalankan.



dapatkan juga


dapatkan juga



LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA